awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi turun bagi tempoh 25 hingga 31 Dis
Op Dadu Mega: 21 premis diserbu, 85 individu ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Bung gesa SPR beri penjelasan peningkatan jumlah pengundi di Sabah

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
21/10/2022
11:24 MYT
PRU15: Bung gesa SPR beri penjelasan peningkatan jumlah pengundi di Sabah
Menurut Bung, peningkatan mendadak pengundi berdaftar dilihat meragukan berbanding jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, iaitu pertambahan sebanyak lebih 50 peratus.
KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan susulan peningkatan jumlah pengundi di negeri itu.
Jelas beliau, peningkatan mendadak pengundi berdaftar dilihat meragukan berbanding jumlah pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, iaitu pertambahan sebanyak lebih 50 peratus.
Menurutnya, lebih meragukan terdapat peningkatan pengundi Bumiputera Islam yang tinggi di kawasan-kawasan Kadazan Dusun Murut (KDM), sebagai contoh di kawasan Parlimen Penampang.
"Susulan pertambahan jumlah pengundi yang terlalu tinggi, situasi berkenaan juga secara tidak langsung memberi kesan terhadap parti-parti politik dalam pilihan raya kali ini (PRU15).
"Justeru saya meminta supaya SPR menjelaskan berhubung peningkatan mendadak jumlah pengundi di Sabah kerana jumlah tersebut amat-amat meragukan," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu peningkatan pengundi yang mendapat perhatian sebahagian pemimpin politik di Sabah.
Semalam Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor turut mempersoalkan perkara sama dan meminta SPR memberi penjelasan tentang isu itu.
Hajiji berkata, pihaknya perlu mendapat penjelasan lanjut daripada SPR terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca kepada isu lonjakan jumlah pengundi berkenaan, yang mana perkara itu mendapat perhatian serius para pemimpin parti politik di Sabah.
Terdahulu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan turut menyuarakan kebimbangan terhadap pertambahan pengundi berbangsa Melayu yang didakwa mencapai sehingga 70 peratus di parlimen Keningau.
Malah, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee turut mendedahkan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan peningkatan pengundi baharu sebanyak 53.9 peratus, iaitu sejumlah seramai 1,638,806 orang di Sabah pada tahun ini berbanding 1,064,686 orang pada 2008.
Topic Berkaitan
#peningkatan pengundi
#Sabah
#BN Sabah
#Bung Moktar Radin
#Malaysia Memilih
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan