awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Calon MUDA Tanjung Piai hormat kehendak Amanah Johor, sedia berbincang

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
01/11/2022
05:09 MYT
PRU15: Calon MUDA Tanjung Piai hormat kehendak Amanah Johor, sedia berbincang
Calon MUDA bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai, Lim Wei Jiet berkata, pihaknya menghormati gesaan Amanah yang mahu peruntukan kerusi Parlimen itu disemak semula. - Gambar Astro AWANI
PONTIAN: Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai, Lim Wei Jiet memaklumkan, pihaknya menghormati gesaan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu peruntukan kerusi Parlimen itu disemak semula.
Katanya, MUDA Johor akan bersemuka dengan kepimpinan parti tersebut bagi membincangkan secara lanjut mengenai perkara terbabit.
Dalam masa sama, Wei Jiet berharap hubungan erat antara dua parti berkenaan dapat terus terjalin biarpun terdapat isu berbangkit dalam kalangan mereka.
Jelasnya, kerjasama dalam kalangan parti itu mampu memperkasa usaha bagi menawan parlimen Tanjung Piai yang juga disifatkan sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
"Saya menghormati pandangan rakan-rakan daripada Amanah mengenai perkara itu. Tetapi ini satu keputusan yang telahpun dibuat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan bukannya keputusan MUDA sebagai satu parti sendiri.
"Saya juga perlu akur bahawa kami perlukan tunjuk ajar dan bimbingan mereka (Amanah). Saya mengharapkan dapat bekerja dengan mereka walaupun saya tahu ada isu-isu sensitif yang dibangkitkan.
"Sehubungan itu, saya sedia berjumpa dengan mereka dan mendengar rintihan mereka dan saya bersedia untuk terus ke hadapan bersama mereka.
"Kerana matlamat kita sama iaitu ingin menumbangkan UMNO, Barisan Nasional dan memastikan pemimpin-pemimpin MUDA dan (Pakatan) Harapan dapat ke Putrajaya," kata beliau kepada Astro AWANI ketika ditemui selepas menghadiri sesi ramah mesra bersama penduduk Tanjung Piai, di sini, pada Selasa.
Terdahulu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, kepimpinan parti itu melahirkan rasa kecewa atas keputusan menyerahkan Parlimen Tanjung Piai kepada calon MUDA.
Menurut Aminolhuda, pihaknya akan menggesa pucuk pimpinan PH agar segera membuat semakan semula terhadap keputusan kerusi Parlimen terbabit.
Sementara itu, Wei Jiet, yang juga pengasas bersama MUDA serta Ahli Jawatankuasa Eksekutif MUDA Pusat berkata, antara isu yang akan diberikan tumpuan menjelang kempen PRU15 ialah peluang pekerjaan anak muda, fasiliti kesihatan, kebajikan warga emas dan masalah hasil laut nelayan di Tanjung Piai.
"Visi utama kita adalah nak pastikan supaya anak-anak muda di sini dapat mempunyai pekerjaan mereka sendiri disamping kita bangunkan Tanjung Piai, Bandar Pekan Nenas dan Kukup.
"Selain itu, kita nak menarik pelaburan ke Tanjung Piai ini kerana saya lihat kawasan Parlimen ini berpotensi menjadi wilayah Iskandar Puteri yang kedua di Johor.
"Kedua, Kami nak pastikan bahawa orang-orang warga emas di sini mendapat kesihatan yang secukupnya kerana mereka mengadu hospital yang paling dekat di sini, Hospital Pontian sudah uzur dan usang serta tidak cukup wad dan kekurangan katil.
"Tak dilupakan juga para nelayan di sini yang mana saya dapati infrastruktur seperti jeti tidak dibangunkan dengan baik, malahan pencemaran alam sekitar susulan pembangunan dan penambakan pantai laut menyebabkan sumber pendapatan ikan mereka susah nak dapat," jelas beliau lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon muda
#Parlimen Tanjung Piai
#Amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan