awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu pekerja gig harus dibincangkan secara tripartit agar keputusan seimbang - Aktivis GEM
Proton sasar jual sehingga 200,000 unit kenderaan pada 2026
Dua jaringan Faisal Halim pastikan Selangor FC selangkah ke pusingan kalah mati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Dr Mahathir gesa SPR halang pengundi bawa telefon bimbit di pusat pengundian

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2022
08:35 MYT
PRU15: Dr Mahathir gesa SPR halang pengundi bawa telefon bimbit di pusat pengundian
Dr Mahathir berkata, penggunaan telefon bimbit semasa proses mengundi boleh menidakkan kerahsian malah mendorong kepada perbuatan rasuah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan telefon bimbit di pusat pengundian ketika proses pembuangan undi semasa proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.
Menurut Dr Mahathir, penggunaan telefon bimbit semasa proses mengundi boleh menidakkan kerahsian malah mendorong kepada perbuatan rasuah.
"Parti boleh guna maklumat untuk sogokan. Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang," kata Dr Mahathir dalam hantaran di akaun media sosialnya, hari ini.
Dalam masa sama, Dr Mahathir mengkritik SPR yang disifatkan beliau masih mempunyai banyak kelemahan dalam menguruskan pilihan raya.
Bagaimanapun, dakwa beliau, badan itu tidak mempedulikan saranan yang dikemukakannya.
"Jika tidak dibetulkan, rasuah dan penipuan akan dilakukan dalam pilihan raya," tegas bekas Perdana Menteri itu lagi.
Pada Khamis, SPR mengumumkan tarikh pengundia untuk Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November, manakala hari penamaan calon pula pada 5 November.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Malaysia Memilih
#Mahathir Mohamad
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan