awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ajaran sesat: Kerajaan tidak ambil ringan, dapatkan laporan dari negeri - Marhamah
Anwar tegas pembinaan kuil mesti ikut peraturan, sama seperti masjid dan gereja
PRN Johor: PH mula bincang pembahagian kerusi - Nie Ching
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Felda di Johor masih kubu kuat BN - Onn Hafiz

Bernama
Bernama
12/11/2022
20:45 MYT
PRU15: Felda di Johor masih kubu kuat BN - Onn Hafiz
Onn Hafiz (depan, tengah) bergambar bersama warga Felda yang hadir pada Program Himpunan #budakFELDA 2022 di Dewan Inas Utara, Kulai, semalam. --fotoBERNAMA
KULAI: Kawasan Felda di Johor masih merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), menurut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor itu berkata ia boleh dilihat berdasarkan sambutan yang diterima daripada warga peneroka pada setiap program dianjurkan BN di negeri ini.
"Warga Felda tahu siapa yang membela mereka dari dahulu sampai sekarang dan BN juga menjaga ekonomi mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Himpunan #budakFELDA 2022 anjuran Majlis Belia Wilayah Johor Bahru di sini semalam.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata Felda bukan lagi kubu kuat BN, selain komuniti itu sudah berubah dan memberi sambutan kepada parti politik lain serta terbuka dengan sebarang perubahan.
Dalam perkembangan lain, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cuti khas pada 20 Nov sempena hari pengundian 19 Nov ini bagi menyelaras cuti mingguan serta menggalakkan mereka yang menetap di Johor untuk pulang mengundi ke tempat masing-masing.
"Nanti kita pertimbangkan," katanya ringkas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kawasan Felda di Johor
#kubu kuat BN
#onn hafiz ghazi
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan