awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Hajiji sambut baik keputusan PAS Sabah tidak letak calon

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
03/11/2022
11:48 MYT
PRU15: Hajiji sambut baik keputusan PAS Sabah tidak letak calon
Hajiji menghargai tindakan PAS Sabah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan kepada mana-mana calon GRS-BN dalam memastikan kemenangan gabungan itu - Bernama
KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah yang mendukung aspirasi penyatuan nasional dengan tidak bertanding di mana-mana kerusi parlimen di Sabah pada PRU15.
Malah, tindakan PAS Sabah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan kepada mana-mana calon GRS-BN itu menurut Hajiji sesuatu yang signifikan dalam memastikan kemenangan GRS-BN.
"Solidariti atas semangat penyatuan nasional PAS Sabah ini amat signifikan dalam memastikan kemenangan kita pada PRU-15.
"Terima kasih PAS Sabah", kata Hajiji dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.
Terdahulu, PAS Sabah menerusi setiausahanya, Dr. Aliakbar Gulasan mengumumkan keputusan parti itu yang dibuat pada 2 November melalui satu mesyuarat antara PAS Sabah dan pimpinan utama PAS Pusat.
Keputusan berkenaan dibuat berdasarkan kedudukan PAS sebagai rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Sabah
#PAS
#Datuk Seri Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan