awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
10/10/2022
08:17 MYT
PRU15: 'Ini masa untuk memecut' - Rafizi
Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November. - Astro AWANI / SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: PKR akan melakukan yang terbaik dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, ini masanya untuk parti itu 'melakukan pecutan'.
"Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan.
"Yang penting, kita berusaha terbaik untuk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik.
"Dari berlari-lari anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut," katanya dalam kemas kini di Twitter hari ini.
BACA: PM Ismail Sabri umum Parlimen dibubar, beri laluan kepada PRU15
Kita akan buat yang terbaik. Seperti saya selalu ulang, menang kalah Allah telah tetapkan. Yang penting, kita berusaha terbaik utk terus bawa Malaysia ke landasan lebih baik. Dari berlari2 anak beberapa bulan lalu, ini masa untuk memecut.#AyuhMalaysia https://t.co/AkGla9nhKq
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) October 10, 2022
Dalam hantaran berbeza, Rafizi berkata ada kemungkinan PRU15 akan berlangsung sebelum minggu kedua November, dan PKR akan berusaha meyakinkan rakyat dalam membuat pilihan untuk mendepani cabaran negara yang dijangka lebih hebat pada 2023.
"Berdoa supaya Allah buka hati rakyat Malaysia untuk menolak calon dan parti yang menyeleweng dana rakyat, tidak ada idea untuk menyelesaikan masalah rakyat dan culas dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan rakyat.
"Ini usaha kita dan sejak reformasi tercetus 1998 dahulu, setiap PRU telah berjaya mengembalikan sedikit demi sedikit kuasa kepada rakyat," katanya lagi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 diadakan.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri dalam Perutusan Khas yang disiarkan dari bangunan Perdana Putra, Putrajaya pukul 3 petang Isnin.
Dalam perutusannya, Ismail Sabri berkata beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari Ahad bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Rafizi Ramli
#ismail sabri yaakob
#bubar parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan