awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Isu perumahan, infrastruktur di Gombak keutamaan Megat Zulkarnain

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
05/11/2022
04:20 MYT
PRU15: Isu perumahan, infrastruktur di Gombak keutamaan Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain Omardin berazam mahu selesaikan isu masyarakat yang didakwanya gagal diantuni dua Menteri Besar Selangor untuk tiga penggal terakhir. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Isu perumahan dan infrastruktur untuk anak muda di kawasan Gombak menjadi keutamaan bagi calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.
Beliau mempertaruhkan dirinya sebagai anak jati Gombak yang lebih memahami isu-isu masyarakat yang didakwanya gagal diselesaikan oleh dua Menteri Besar Selangor untuk tiga penggal terakhir.
"Banyak lagi perkara di Gombak ini yang tidak selesai, daripada tiga penggal yang lepas kita mempunyai dua Menteri Besar dari Parlimen Gombak tetapi malangnya apa yang berlaku di kawasan ini adalah cukup menyedihkan.
"Penduduk Gombak makin hari makin bertambah, anak-anak jati Gombak selepas berkahwin tidak tahu nak pergi mana kerana tiada rumah-rumah yang murah dan malangnya tiada sesiapa yang memikirkan dan bercakap soal ini.
"Akhirnya apa yang berlaku mereka terpaksa keluar dari kawasan ini, ini yang kita tidak mahu. Kita mahu anak Gombak lahir di sini dan tinggal sini sehingga meninggal dunia," katanya ketika ditemui pemberita di SMK Sg Pusu selepas proses penamaan calon, pada Sabtu.
Selain itu, Megat yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor berkata, pembangunan infrastruktur turut menjadi perkara yang akan dibentangkan di dalam manifestonya.
"Soal kemudahan anak-anak muda sebagai contoh di tempat kita berada di SMK Sungai Pusu, jika dilihat dari Batu 6 hingga Batu 16 tiada satu pun padang bola yang boleh dimain anak-anak muda kawasan Gombak.
"Jadi mereka terpaksa menyewa di tempat-tempat lain untuk bermaim bola dan sebagainya," ujarnya.
Kerusi Parlimen Gombak menyaksikan persaingan sengit lima penjuru diantara Megat Zulkarnain (BN-UMNO), Amiruddin Shari (PH-PKR), Azmin Ali (PN-Bersatu).
Turut bertanding calon Gerakan Tanah Air (GTA) yang bertanding menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk aziz Jamaludin Mhd Tahir (Perkasa-GTA) dan calon bebas Presiden Penaja Parti Bahtera Sejahtera Malaysia, Zulkifli Ahmad.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Gombak
#anak jati gombak
#Megat Zulkarnain Omardin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan