awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kekecohan, keganasan berkait rapat dengan ekonomi - Penganalisis

Faida Rahim
Faida Rahim
05/11/2022
09:30 MYT
PRU15: Kekecohan, keganasan berkait rapat dengan ekonomi - Penganalisis
Malaysia Memilih memperincikan isu berkaitan perkembangan hari penamaan calon bersama penganalisis politik Dr Ahmad Zaharuddin Sani, dan penganalisis ekonomi Datuk Madeline Berma.
KUALA LUMPUR: Susulan kekecohan yang berlaku di pusat penamaan calon di Tenom, Sabah pagi ini, penganalisis politik, Ahmad Zaharuddin Sani berpendapat turut berkait rapat dengan faktor ekonomi Sabah.
Beliau yang mengulas mengenai isu itu menerusi program Malaysia Memilih memberitahu, kekecohan timbul bukan sahaja disebabkan ‘cengkaman jiwa’ rakyat yang membuak menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
“Kenapa berlaku kekecohan sebentar tadi, saya melihat isu ini dari sudut berbeza. Sebenarnya keganasan (memberi contoh secara am) ini berkait rapat dengan ekonomi. Tidak ada keganasan tidak berkait rapat dengan ekonomi.
“Keganasan itu muncul bila merasakan faktor ekonomi mencengkam jiwa rakyat. Kadang-kadang kena ingat, kalau pemimpin mereka itu tidak boleh diangkat maka ekonomi mereka juga akan terjejas. Itu menyebabkan berlaku kekecohan,” katanya.
PRU15 | Apa yang dimahukan rakyat
Awal pagi ini, kekecohan berlaku di luar pekarangan Dewan DSP Antanom, Tenom pagi tadi, selepas pencalonan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM), Datuk Peter Anthony ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, presiden parti berkenaan hadir di dewan berkenaan bagi mengemukakan borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Tenom.
PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
BACA: PRU15: Kekecohan tercetus di Tenom
BACA: PRU15: Rusuhan Tenom, polis terpaksa leraikan rusuhan
BACA: PRU15: Peter Anthony sah tidak bertanding di Parlimen Tenom
Dalam pada itu, penganalisis ekonomi Datuk Madeline Berma memberitahu isu kemiskinan dan keciciran di Borneo bukan sesuatu yang baharu.
“Di sana, kami masih berbincang tentang (isu) naik bot ekspres yang mengambil masa selama empat jam untuk ke klinik. Cerita yang biasa disebut, isu kemiskinan dan infrastruktur. Keadaan ekonomi membolehkan, peluang sudah ada, tetapi infrastruktur menghalang aktiviti penduduk di sana.
“Saya tidak boleh bayangkan kalau sekali lagi pilihan raya ada rusuhan sebegini. Yang saya takut adalah makanan tiada di atas meja, gaji tak naik tapi kos barangan naik. Apa yang lebih penting mereka mahu kerajaan yang stabil yang boleh menjanjikan kestabilan untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#pilihan raya umum
#Parlimen
#analisis politik
#PRU15
#Tenom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan