awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kenyataan Rafizi terhadap Azam bersifat angkuh, sombong

Bernama
Bernama
17/11/2022
21:46 MYT
PRU15: Kenyataan Rafizi terhadap Azam bersifat angkuh, sombong
MOHAMED AZMIN: Anggota perkhidmatan awam boleh lihat sendiri watak PH. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Kenyataan berbaur ugutan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki disifatkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai angkuh dan sombong.
Mohamed Azmin berkata kenyataan dikeluarkan Rafizi berkenaan juga memperlihatkan watak pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu sebagai cubaan mendera anggota perkhidmatan awam.
Calon PN kerusi Parlimen Gombak itu berkata anggota perkhidmatan awam hanya menjalankan tugas yang diputuskan oleh kerajaan dan bukan ahli politik.
"Jangan bermusuh dengan anggota perkhidmatan awam... tiada keperluan tetapi mungkin ini sudah ditakdirkan begitu.
"Anggota perkhidmatan awam boleh lihat sendiri watak PH," katanya kepada pemberita selepas Rapat Umum Era Baharu Putrajaya di sini semalam.
Media tempatan melaporkan Rafizi pada Ceramah Mega PH di Johor Bahru pada Rabu, dilapor berkata PH akan 'mencari' Azam sekiranya pakatan itu menang pada PRU15.
Sebelum ini, Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara menggesa SPRM menyiasat harta lebih RM18 juta yang diisytiharkan Rafizi yang juga calon PH kerusi Parlimen Pandan pada PRU15.
Ditanya mengenai tindakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyamannya kerana didakwa membuat kenyataan palsu, Azmin berkata: "Itu terpulang hak masing-masing, saya hanya kemuka beberapa perkara yang telah buat PH ditolak oleh rakyat."
Media pada Khamis melaporkan, Guan Eng mengarahkan peguamnya untuk memulakan prosiding saman fitnah terhadap Mohamed Azmin kerana membuat kenyataan palsu dengan mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri Kewangan.
Guan Eng memberitahu Mohamed Azmin mendakwanya telah menggunakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mengejar 'syarikat yang dikaitkan dengan MCA', mengenakan cukai baharu ke atas perniagaan dan mengenakan cukai tambahan ke atas 'perniagaan Cina' tertentu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Rafizi Ramli
#Azmin Ali
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan