awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Kerajaan negeri akan usaha bantu anak Sarawak pulang mengundi - Abang Jo

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
15/10/2022
13:50 MYT
PRU15: Kerajaan negeri akan usaha bantu anak Sarawak pulang mengundi - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri pernah memperuntukan sejumlah dana melalui Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) untuk mengurangkan beban pembelian tiket mahasiswa pulang ke Sarawak. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan memikirkan penyelesaian yang paling murah dan sesuai untuk membolehkan anak-anak Sarawak di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di luar negeri itu pulang menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri pernah memperuntukan sejumlah dana melalui Inisiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) untuk mengurangkan beban pembelian tiket mahasiswa pulang ke Sarawak.
“Dahulu pelajar Sarawak di semenanjung meminta supaya ada harga tertentu untuk mereka pulang ke Sarawak dan saya telah tunaikan melalui Insiatif Graduan Pulang Sarawak (iGPS) melalui Yayasan Sarawak.
“Kita telah memberikan peruntukkan untuk anak-anak Sarawak balik dengan harga yang murah, kali ini kita akan cuba untuk menyelesaikan perkara ini dengan melakukan perbincangan bersama kepimpinan negeri bagaimana kita hendak menyediakan bantuan anak-anak balik untuk mengundi,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi townhall Lan Berambeh Anak Sarawak edisi ke-13 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, iGPS telah memperuntukkan subsidi tiket penerbangan sebanyak RM300 seorang untuk pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan ke Sarawak sebanyak dua kali setahun kepada pelajar yang layak.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu turut menegaskan adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk memastikan kebajikan dan hak belia Sarawak dipenuhi terutama dalam proses pilihan raya.
Jelasnya, ia selaras dengan semangat perjuangan GPS melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan semakin kukuh di peringkat persekutuan melalui sokongan belia Undi18.
“Perkara ini penting agar suara Sarawak akan didengari oleh Putrajaya dan yang penting bagi kami (GPS) sekarang ialah meneruskan perundingan MA63.
“Kalau GPS ada suara yang besar susah tentu Putrajaya akan dengar suara kita rakyat Sarawak, jangan mempermainkan hak Sarawak, kami ada orang belakang (barisan kepimpinan) begitu besar dan kerajaan pusat mesti mendengar tuntutan melalui perjuangan MA63 ini,” ujarnya lanjut.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Abang Johari Tun Openg
#Jom Berambeh
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan