awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Khairy miliki karakter, personaliti, rekod prestasi untuk jadi PM - Annuar

Bernama
Bernama
10/11/2022
14:30 MYT
PRU15: Khairy miliki karakter, personaliti, rekod prestasi untuk jadi PM - Annuar
Annuar berkata kenyataan berani Khairy yang menyuarakan hasrat menjadi perdana menteri membuktikan menteri kesihatan itu seorang yang berkeyakinan dan bersikap positif. - Gambar/ Bernama
KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mempunyai karakter, personaliti dan rekod prestasi yang baik untuk menjadi perdana menteri pada masa hadapan, kata Menteri Komunikasi dan Mutimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh berkata kenyataan berani Khairy yang menyuarakan hasrat menjadi perdana menteri satu hari nanti membuktikan menteri kesihatan itu seorang yang berkeyakinan dan bersikap positif.
"Hasrat ini jelas menunjukkan komitmen Khairy meskipun dia bertanding dalam satu kawasan yang sukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Itu satu pernyataan menunjukkan keyakinan diri yang sangat bagus. Pada saya, itu adalah antara sifat-sifat seorang yang mempunyai keyakinan diri, tidak ada kompleks rendah diri dan dia masih menyatakan komitmen, malah saya akui apabila dia membuat kenyataan sedemikian sambutan yang diterima begitu hangat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Komuniti eSports Keluarga Malaysia @Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] PRU15: Mujahid isytihar harta RM2.54 juta, miliki dua kondo
SEMAK CALON PRU15 DI SINI!
Annuar berkata hasrat yang dibuat oleh Khairy itu adalah untuk masa akan datang.
"Dia (Khairy) masih tetap dengan kenyataannya sebelum ini bahawasanya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal untuk menjadi Perdana Menteri apabila BN dapat membentuk kerajaan pada PRU kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Khairy Jamaluddin
#Perdana Menteri
#Annuar Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan