POKOK SENA: Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar memberi bayangan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, jelas Mahfuz, perkara itu hanya akan disahkan pada Majlis Pengumuman Calon Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kedah yang akan diadakan di Merbok, pada 29 Oktober ini.
Tambah Pengerusi PH Kedah itu, beliau juga tidak mahu campur tangan mengenai calon yang berkemungkinan ditentang di Parlimen berkenaan, namun akan memberikan yang terbaik sekiranya dicalonkan kelak.
"Saya tidak boleh campur tangan tentang calon parti lain, jadi terpulang kepada mereka, mahu bawa (calon) lightweight, heavyweight dan sebagainya, (itu) terpulang kepada mereka, negara kita negara demokrasi.
"Saya kalau diberikan amanah oleh parti di peringkat Parti Amanah untuk bertanding, saya akan laksanakan tugas tersebut untuk pertahankan kerusi Pakatan Harapan," jelas beliau lagi,
Mahfuz berkata demikian kepada wartawan selepas menyampaikan bantuan peringkat Parlimen Pokok Sena di Kampung Aman, di sini, hari ini.
Untuk rekod, Mahfuz menang di kerusi Parlimen Pokok Sena pada PRU14 dengan undian sebanyak 28,959 dengan majoriti 5,558 undi.
Naib Presiden Amanah itu menewaskan calon Pas yang juga legenda bola sepak Kedah, Radhi Mat Din yang memperoleh 23,401 undi serta calon Barisan Nasional (BN), Datuk Said Ali Syed Rastan yang mendapat 18,390 undi.
Abd Hadi Che Awang
Wed Oct 26 2022

Datuk Mahfuz Omar memberi bayangan beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena yang dimenanginya pada PRu14. - Gambar fail

Nahas kereta api; Punca, siapa bertanggungjawab dikenal pasti
Tanpa memberikan butiran lanjut, Ashwini Vaishnaw memberi bayangan insiden terbabit mempunyai kaitan dengan sistem isyarat elektronik.

Benzema ambil keputusan bakal tinggalkan Real Madrid
Nama Benzema dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Arab Saudi, Al-Ittihad.

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Usah jadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik - Agong
Semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan tetapkan 19 Jun dengar rayuan petisyen pilihan raya Gua Musang, Putrajaya
Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan BN mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail untuk membatalkan keputusan PRU15 bagi Putrajaya dan Gua Musang.

PN kekalkan formula PRU15 hadapi PRN enam negeri
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata calon Pas akan dikekalkan di kawasan yang dimenangi parti itu manakala calon Bersatu akan dipertaruhkan di kawasan yang dimenangi UMNO.

Tawaran sertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas PRU15 - Hadi
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui tawaran kerjasama bagi menyertai Kerajaan Perpaduan diterima selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Kaji selidik: 'Kami tengah buat kerja' - Rafizi
Kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC menunjukkan rakyat sebenarnya lebih berpuas hati dengan pentadbiran sekarang dalam menguruskan ekonomi.

Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Segamat didengar 28 Julai
Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan calon Barisan Nasional Tan Sri M. Ramasamy untuk mencabar keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Segamat.

Hantaran kaum, agama banyak dimainkan ketika tempoh kempen PRU15 - CIJ
Naratif perkauman dan agama paling banyak dicetuskan ahli politik bagi kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di media pada tahun lalu.

Siasatan dakwaan PN terima dana judi tidak dihenti, gugur - Azalina
Siasatan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan dihentikan atau digugurkan.

PN bakal ambil tindakan mahkamah dakwaan terima dana perjudian
Perikatan Nasional (PN) menyifatkan dakwaan bahawa gabungan itu menerima dana hasil perjudian adalah satu fitnah besar.

Dana judi: Pas mahu Perdana Menteri mohon maaf secara terbuka
SPRM menyatakan tiada pihak dapat mengesahkan dakwaan dilontarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.