awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Melaka tak halang exco bantu kempen calon 14 hari - Sulaiman

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/11/2022
03:40 MYT
PRU15: Melaka tak halang exco bantu kempen calon 14 hari - Sulaiman
Sulaiman bercakap kepada media ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak binaan Masjid Tambak Paya di Ayer Molek, Melaka Tengah, hari ini. - Foto Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Melaka tidak menghalang Ahli Dewan Undangan Negerinya (ADUN) termasuk exco kerajaan negeri untuk terlibat membantu mana-mana calon sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali bagaimanapun berkata, dalam keghairahan meraikan demokrasi pilihan raya, barisan exco digesa mengutamakan tugas hakiki mengikut portfolio yang telah diamanahkan.
“Melaka ini kita ada tanggungjawab, yang mana pertamanya, kita masih lagi berkerajaan. Dan PRU15 ini adalah pemilihan Parlimen bagi menyumbang kerusi dalam membentuk kerajaan di peringkat persekutuan.
“Saya yakin semua exco saya akan buat kerja mereka seperti biasa, turun padang di lapangan, itu semua tugas biasa.
"Dan kalau sebelah malamnya mereka ada masa yang lapang, maka itu terserah kepada exco mahupun ADUN untuk membantu kempen pilihan raya, tanpa meninggalkan tugas hakiki,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak binaan Masjid Tambak Paya di Ayer Molek, di sini, hari ini.
Ditanya soal keperluan barisan exco untuk mengambil cuti bagi membantu calon berkempen dalam waktu bekerja, Sulaiman berkata, mereka tidak perlu berbuat demikian memandangkan pilihan raya yang berjalan di Melaka hanya melibatkan kerusi Parlimen.
“Tidak timbul (keperluan mengambil cuti) kerana tidak ada masalah apa pun. Mereka pandai bahagikan masa untuk tugas hakiki.
"Cuba tanya Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu atau Johor. Mereka pun tidak bubar, dan kita di sini sama sahaja.
“Jadi, kita ada tanggungjawab untuk kerajaan negeri. Mereka yang telah diberi mandat, jalankan sahajalah tugas seperti biasa, dan kalau ada masa lapang bolehlah (kempen),” tambahnya.
Katanya, pihaknya mempunyai budi bicara asalkan semua pemimpin yang telah menerima amanah tidak meninggalkan tugas hakiki dalam mengutamakan hal kebajikan rakyat.
Topic Berkaitan
#Sulaiman Md Ali
#kempen pilihan raya
#PRU15
#Exco Kerajaan Negeri Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan