SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menyatakan hasrat untuk menjadi calon Barisan Nasional (BN) bertanding bagi kerusi Parlimen Sungai Besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Mohamad Khir, berkata, hasrat itu bertujuan merampas dan mengembalikan semula kerusi Parlimen Sungai Besar kepada UMNO selepas dimenangi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU14 lalu.
Katanya, kerusi itu mampu dimenangi BN berdasarkan kepada penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.
"Niat saya bertanding kerana hanya mahu memastikan kemenangan parti (UMNO), namun saya menyerahkan segala keputusan itu kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Aidilfitri di kediamannya di Simpang Lima, Sungai Besar di sini pada Ahad.
Mohamad Khir yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, mahu menggunakan pengalaman bagi membantu jentera pilihan raya UMNO.
Katanya, UMNO perlu bangkit dan melakukan sesuatu selepas kalah tiga penggal di negeri ini dalam PRU lalu.
"Apa yang penting adalah kepentingan rakyat yang perlu terus diperjuangkan terutama selepas pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini," ujarnya.
Mengulas mengenai ura-ura Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut disebut bertanding di Sungai Besar, beliau berkata, perkara itu terpulang kepada pimpinan parti untuk menilainya.
Katanya, secara peribadi beliau tidak mengenal secara dekat Tengku Zafrul namun jika diketengahkan sebagai calon, maka sewajarnya perlu menyokong bagi memastikan kerusi UMNO kembali kepada BN.
"Saya ingin tegaskan jika beliau terpilih (bertanding), kita perlu pastikan kerusi itu menang nanti," katanya.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon May 30 2022
MOHAMAD KHIR: Niat saya bertanding kerana hanya mahu memastikan kemenangan parti, namun saya menyerahkan segala keputusan itu kepada pucuk kepimpinan tertinggi parti. - Gambar fail
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
Kekejaman zionis: PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa membentuk kabinet baharu di mana beliau juga akan berkhidmat sebagai Menteri Luar.
Kekejaman zionis: ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebulat suara mengarahkan Israel untuk mengambil semua tindakan yang perlu dan berkesan untuk memastikan bekalan makanan asas tiba tanpa berlengah-lengah kepada penduduk Palestin di Gaza.
Pakaian dalam wanita Palestin jadi bahan gurauan tentera Israel
Ini sekali gus mencipta rekod visual yang sumbang tentang perang di Gaza ketika kebuluran yang semakin meruncing.
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
PRU15: Mohamad Khir berhasrat tanding di Parlimen Sungai Besar
Katanya, kerusi itu mampu dimenangi BN berdasarkan kepada penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.
Khir Toyo nasihat Dr Mahathir
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa, Dr Mahathir dikelilingi menteri yang hanya hebat di mulut tetapi gagal dalam melaksanakan sebarang tindakan.
Nor Hisham sebak terkenang peristiwa 'penyapu'
Katanya ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.
Khir Toyo, isteri tarik balik permohonan perintah lucut hak
Panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kemudian membatalkan permohonan pasangan itu.
Bekas MB Selangor Dr Khir Toyo berkahwin lagi
Difahamkan Dr Mohamad Khir dan pasangannya Christine Zanitrah melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.
Khir Toyo tarik balik saman fitnah berhubung isu banglo
Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman fitnah RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Khir Toyo nafi ditahan SPRM
Khir Toyo menafikan laporan beliau ditangkap SPRM ketika menyogok anggota perwakilan Umno di Sungai Besar pagi tadi.