awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Mohd Shakar berdepan saingan empat penjuru

Azee Shafy
Azee Shafy
05/11/2022
09:11 MYT
PRU15: Mohd Shakar berdepan saingan empat penjuru
Mohd Shakar (depan, empat dari kanan) akan berhadapan calon Perikatan Nasional (PN), Salamiah Mohd No; Mohd Hasbie Muda (PH) dan Aminuddin Yahaya (GTA). - Gambar/ Astro AWANI
TEMERLOH: Calon Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Shakar Samsudin yang merupakan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang berdepan pertembungan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau yang juga calon Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan calon Perikatan Nasional (PN), Salamiah Mohd No; Mohd Hasbie Muda (Pakatan Harapan) dan Aminuddin Yahaya dari Gerakan Tanah Air (GTA).
Pengumuman rasmi calon dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Temerloh, Datuk Ali Syahbana Sabaruddin pada pukul 1.10 tengah hari.
Ali Syahbana berkata, pihaknya menerima empat kertas pencalonan bagi Parlimen Temerloh dan kesemuanya tidak ditolak dan sah bertanding dalam PRU15.
[LAPOR LANGSUNG] Hari Penamaan Calon: Gelanggang PRU15 sudah dibuka
Katanya, calon pertama menyerahkan kertas penamaan ialah Aminuddin pada pukul 9 pagi diikuti Mohd Hasbie pada pukul 9.14 pagi.
Sementara Mohd Shakar adalah individu ketiga menyerahkan kertas penamaan pada jam 9.28 pagi dan Salamiah pada pukul 9.40 pagi.
Terdahulu Mohd Shakar diiringi lebih 250 penyokong berarak ke pusat penamaan calon bersama tiga lagi calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Lanchang, Mentakab dan Kuala Semantan.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Temerloh
#Mohd Shakar
#Penjuru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan