awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Mungkin pilihan raya terakhir saya" - Calon BN Kampar

Bernama
Bernama
10/11/2022
04:41 MYT
PRU15: "Mungkin pilihan raya terakhir saya" - Calon BN Kampar
Datuk Lee Chee Leong memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin merupakan percubaan terakhir beliau untuk mendapat mandat rakyat selepas kekalahan berturut-turut pada PRU13 dan PRU14. - Gambar fail BERNAMA
KAMPAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kampar, Datuk Lee Chee Leong memberi bayangan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mungkin merupakan percubaan terakhir beliau untuk mendapat mandat rakyat selepas kekalahan berturut-turut pada PRU13 dan PRU14.
Lee yang memenangi kerusi Parlimen berkenaan pada 2008 berkata, sekiranya dipilih, beliau akan memenuhi impiannya untuk membina sebuah hospital di Kampar bagi manfaat pengundi.
"Sebagai wakil rakyat, anda bertanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya akan berkhidmat untuk lima tahun lagi. Sekiranya saya tidak dipilih maka setakat itu sahaja. Apa saya boleh buat?" katanya kepada Bernama.
Lee berdepan saingan empat penjuru antara Wong Oi Foon (PN-Gerakan), Ching Zhemin (PH-DAP) dan Leong Cheok Lung (Warisan) pada 19 Nov ini.
Pada PRU14, kerusi Parlimen Kampar dimenangi Thomas Su Keong Siong daripada DAP dengan majoriti 11,801 undi menewaskan Lee dan calon Pas, M. Yougan.
Sementara itu, Lee turut meningkatkan jejak digital dengan kempen menerusi media sosial sebagai usaha memikat pengundi muda terutama pengundi kali pertama.
"Sila keluar mengundi. Undilah seseorang yang boleh membawa pembangunan kepada Kampar. Semak rekod mereka dan bandingkan dengan pembangkang," katanya.
Kampar mempunyai seramai 89,894 pengundi berbanding 69,436 pengundi pada PRU14. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#calon BN PRU15
#tarikh mengundi
#Calon BN Kampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan