awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15 mungkin tahun ini atau awal 2021, kata Presiden Pas

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
28/08/2020
07:16 MYT
PRU15 mungkin tahun ini atau awal 2021, kata Presiden Pas
Menurut Abdul Hadi, lebih 50 peratus pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15 telah selesai. - Gambar fail BERNAMA
Pas tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung pada tahun ini atau awal tahun hadapan.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin momentum kemenangan terus dapat dikekalkan dan diterjemahkan menerusi PRU15 kelak.
Keyakinan yang dilontarkan Ahli Parlimen Marang itu berlandaskan pencapaian kemenangan menerusi beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini.
“Kita yakin melalui PRK satu demi satu kita menang dan undi makin meningkat kerjasama yang baik sehingga PH (Pakatan Harapan) tidak berani letak calon terbuka letak calon Bebas,” kata beliau kepada wartawan selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.
Sebelum ini, Abdul Hadi dilaporkan berkata, lebih 50 peratus pengagihan kerusi membabitkan parti komponen dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi PRU15 telah selesai.
Katanya, pembahagian kerusi itu dilakukan secara berperingkat dengan sebahagian negeri telah memulakan proses pengagihan tersebut.
Pas juga telah memberi bayangan tiada pertandingan tiga penjuru pada PRU15, sebaliknya hanya dua penjuru bagi menentang pembangkang.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PAS
#pembangkang
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan