awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Nurul Izzah gagal pertahan Permatang Pauh

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
19/11/2022
18:05 MYT
PRU15: Nurul Izzah gagal pertahan Permatang Pauh
Nurul Izzah Anwar yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) terpaksa menyerahkan Parlimen Permatang Pauh kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi. - Gambar fail Astro AWANI
PERMATANG PAUH: Pilihan Raya umum ke-15 (PRU15) melakar sejarah apabila kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sinonim dengan legasi keluarga Anwar Ibrahim tumbang di tangan parti lawan hari ini.
Kubu kuat PKR sejak 40 tahun itu kini menjadi milik Pas yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Penyandang kerusi itu, Nurul Izzah Anwar yang bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) terpaksa menyerahkan kawasan itu kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mat Jan dengan majoriti 5,272 undi.
Muhammad Fawwaz memperoleh 37,638 undi, sementara Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR mendapat 32,366 undi.
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Mohd Said pula menerima 16,971 undi dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra) sebanyak 473 undi.
Kejayaan dilakar oleh Muhammad Fawwaz Mat Jan sememangnya sukar dijangka namun telah dibuktikan calon daripada Pas itu.
Pada PRU14, Nurul Izzah memperolehi 35,534 undi mengalahkan Mohd. Zaidi yang memperolehi 19,866 undi dan Afnan Hamimi Taib Azamudden dari Pas (14,428 undi).
Kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU15 menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandang Nurul Izzah (PH-PKR), Mohd Zaidi (BN-UMNO), Muhammad Fawwaz Mat Jan (PN-Pas) dan Mohd Nasir Othman (Pejuang-Putra).
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di Bukit Mertajam pada pukul 1.35 pagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Nurul Izzah kalah
#Permatang Pauh milik PN
#Muhammad Fawwaz Mat Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan