awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pas Sabah tidak bertanding, sokong calon GRS-BN

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
03/11/2022
03:14 MYT
PRU15: Pas Sabah tidak bertanding, sokong calon GRS-BN
Setiausaha Pas Sabah, Aliakbar Gulasan berkata semua ahli dan penyokong Pas diarahkan membantu serta mengundi calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda menyokong prinsip penyatuan nasional - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) Sabah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada PRU15 di negeri itu.
Setiausaha Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan berkata, keputusan itu dibuat Perhubungan Pas Negeri Sabah (PPNS) semalam selepas mengadakan mesyuarat dengan kepimpinan utama Pas Pusat pada 2 November.
"Pas Sabah tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Sabah.
"Semua ahli dan penyokong Pas diarahkan membantu serta mengundi calon yang mewakili parti-parti GRS-BN Sabah sebagai tanda menyokong prinsip penyatuan nasional yang digagaskan oleh Pas", beliau berkata.
Keputusan tersebut dipercayai dibuat berdasarkan kedudukan Pas sebagai rakan gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) di Semenanjung.
Sementara itu, Bersatu melalui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Rabu telah mengumumkan calon di 5 buah kerusi Parlimen iaitu di Kudat, Papar, Ranau, Batu Sapi dan Semporna.
Topic Berkaitan
#PRU15
#PAS
#Sabah
#Dr Aliakbar Gulasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan