awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Pembahagian kerusi parti komponen BN masih dalam perbincangan - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
20/10/2022
11:22 MYT
PRU15: Pembahagian kerusi parti komponen BN masih dalam perbincangan - Ismail Sabri
Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO juga memaklumkan, pengerusi perhubungan UMNO negeri sudah mengemukan nama-nama calon minggu lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi membabitkan parti komponen Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) masih di peringkat perbincangan, Perdana Menteri UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan, walaupun ia belum dimuktamadkan, pengerusi perhubungan UMNO negeri sudah mengemukakan nama-nama calon minggu lalu.
"Perbincangan masih diteruskan untuk memilih calon daripada UMNO. Belum selesai lagi. Kita ada banyak lagi pembahagian kerusi dengan komponen, masih dalam perbincangan.
"Pengerusi perhubungan sudah pun membentangkan cadangan mereka. Jadi kita akan buat penilaian," katanya selepas merasmikan Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil Keluarga Malaysia 2022 di Dataran Merdeka.
SEMUA MENGENAI PRU15 DI SINI
Pada Khamis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU15.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 November, manakala hari pengundian awal pada 15 November.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#PRU15
#pembahagian kerusi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan