ALOR SETAR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan proses membangunkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 memerlukan sedikit masa lagi.
Menteri Kanan Perdagangan, Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada ketika ini, tumpuan perlu diarahkan kepada pelaksanaan program-program pemulihan ekonomi, mewujudkan lebih banyak peluang bagi bakat-bakat tempatan serta melindungi kesihatan rakyat dalam terus memacu pertumbuhan yang lestari pada masa akan datang.
Tambah beliau, ketika ini juga, Malaysia turut berada di landasan yang tepat bagi proses pemulihan ekonomi samada di peringkat negeri-negeri ataupun negara.
"Sudah tentulah kita memerlukan sedikit lagi masa (lagi sebelum PRU-15 diadakan) supaya program pemulihan ini dapat berjalan dengan baik dan lancar,” jelas Mohamed Azmin.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian dan Sayap Bahagian Negeri Kedah di sebuah hotel di sini, pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, desakan untuk mengadakan pilihan raya itu hanya datang dari beberapa 'kerat' pimpinan UMNO yang mempunyai kepentingan peribadi.
"Ini bukan masanya untuk mengadakan pilihan raya semata-mata kerana nafsu serakah satu dua kerat pemimpin UMNO di (peringkat) atas yang mempunyai kepentingan peribadi mereka.
"Maka (dengan itu) kita harus meletakkan kepentingan ekonomi negara, meletakkan kepentingan rakyat dalam memastikan Malaysia terus memacu satu pertumbuhan yang lestari untuk masa akan datang," jelas beliau.
Kata Mohamed Azmin lagi, desakan untuk PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat hanya akan mengganggu-gugat kemasukan pelabur ke Malaysia.
Tegasnya, beberapa indikator penting seperti kerajaan yang stabil, bersih dan berintegriti selain ekosistem perniagaan yang kondusif diambil kira oleh pelabur sebelum memilih negara tertentu sebagai destinasi pelaburan terbaik.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jun 19 2022
Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan proses membangunkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 memerlukan sedikit masa lagi, kata Mohamed Azmin Ali. - Gambar Astro AWANI
Malaysia guna hubungan baik pelbagai negara bantu henti kekejaman di Gaza - PM Anwar
Katanya, strategi melibatkan pelbagai negara harus dirangka kerana penindasan di Gaza bukan lagi isu yang hanya melibatkan OIC dan Islam.
PRK KKB: Ahmad Zahid yakin ahli UMNO sokong calon Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid yakin ahli parti itu di DUN Kuala Kubu Baharu akan memberikan sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN itu, 11 Mei ini.
Piala Thomas: Malaysia diundi bertemu Jepun di suku akhir
Skuad kebangsaan akan meneruskan kempen demi misi membawa Piala Thomas pulang ke tanah air sejak kali terakhir memenanginya pada 1992.
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Fuziah nafi bekalan barang subsidi berkurangan
Fuziah Salleh menafikan dakwaan bekalan barangan bersubsidi masih berkurangan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Akta Parlimen Berpenggal tidak mudah untuk dilaksanakan - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal hanya menjejaskan sedikit kedudukan Perdana Menteri seperti budi bicara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Naratif Islam terancam berjaya tarik undi orang Melayu - Mat Sabu
Naratif Islam terancam dan kedudukan orang Melayu tidak terjamin jika memilih PH menyebabkan beberapa pemimpin utama parti itu tewas pada PRU yang lalu.
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Bekas calon Warisan mengaku tidak bersalah tipu urusan pembalakan
Azman Idris, 55, didakwa memperdayakan Chin Yet Lun, 37, dalam urusan pembalakan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM171,500 ke dalam dua akaun bank tertuduh.
Ahmad Faizal mengaku silap pilih calon Bersatu
Ahmad Faizal berkata, beliau ada suara untuk menentukan calon parti bagi mewakili PN di Perak, termasuk Iskandar yang juga bekas setiausaha politiknya.
PM tekad akan terus banteras amalan rasuah dalam pentadbiran
Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga dengan prestasi yang ditunjukkan kepimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menghentikan amalan rasuah serta salah guna kuasa.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.