awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PKR Perak tidak ketandusan calon tempatan - Anwar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
27/10/2022
05:54 MYT
PRU15: PKR Perak tidak ketandusan calon tempatan - Anwar
Keputusan PKR mengumumkan calon luar untuk bertanding di Perak pada PRU15, bukan bermakna parti itu ketandusan calon tempatan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar BERNAMA
IPOH: Keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon luar untuk bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bukan bermakna parti itu ketandusan calon tempatan, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, kata Anwar, parti itu mahu menampilkan calon dari pelbagai latar belakang yang mempunyai kewibawaan untuk memberi khidmat.
“La (sekarang) kalau ada 100 calon, ada dua dari luar, takkanlah ketandusan sebab orang Perak bertanding di luar pun ada. Jadi bagi saya itu, bukan soalnya… kita perlukan orang yang boleh berkhidmat dan yang lebih penting merubah politik negara,” kata Anwar.
Anwar yang juga calon kerusi Parlimen Tambun berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera di Pusat Operasi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, di sini, hari ini.
Pada Rabu, Anwar mengumumkan Nik Omar Nik Abdul Aziz yang juga anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat akan mewakili Pakatan Harapan (PH) bertanding di kerusi Parlimen Perak pada PRU15.
Turut menjadi calon PH di Perak ialah bekas pegawai kerajaan kanan yang juga bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Zainal Azman Abu Seman.
Kedua-dua mereka bukan pemimpin bahagian PKR Perak.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Calon PRU15
#Anwar Ibrahim
#parlimen tambun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan