awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: PN belum bincang gabung pakatan lain - Azmin

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/11/2022
02:16 MYT
PRU15: PN belum bincang gabung pakatan lain - Azmin
Mohamed Azmin hadir di Sekolah Kebangsaan Klang Gate untuk membuang undi pagi ini. - Foto Astro AWANI
GOMBAK: Perbincangan untuk Perikatan Nasional (PN) bergabung dengan mana-mana parti politik bagi membentuk kerajaan masih belum dibuat setakat ini.
Menurut Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, fokus utama ketika ini adalah untuk mendapatkan seberapa banyak kerusi untuk membentuk kerajaan.
"Sebab itu kita bertanding 171 kerusi atas tiket PN, dengan harapan kita mendapat sokongan yang wajar, sekurang-kurangnya 112 kerusi.
"Jadi, tidak timbul soal nak membentuk kerajaan dengan gabungan lain," katanya kepada Astro AWANI, hari ini.
Terdahulu, Azmin hadir bersama isteri Datin Seri Shamshida Taharin di Sekolah Kebangsaan (SK) Klang Gate untuk membuang undi pada 8.30 pagi.
Ketika ditemui pemberita, beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu rela menjadi pembangkang daripada bergabung dengan Barisan Nasional (BN).
Mohamed Azmin berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.
"Itu terpulang kepada keputusan hari ini dan kita akan bincang apakah langkah seterusnya, sekarang kita nak fokus mendapatkan kerusi yang secukupnya," ujarnya.
Abdul Hadi sebelum ini berkata, Pas tidak sekali-kali akan bergabung dengan BN yang dianggap masih `keruh', selain masih mengekalkan pemimpin yang mempunyai kes mahkamah.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#PRU15
#kerajaan campuran
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan