awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Polis nafi berlaku 'blackout' di pusat undi SJKC Kepong

Bernama
Bernama
19/11/2022
10:17 MYT
PRU15: Polis nafi berlaku 'blackout' di pusat undi SJKC Kepong
Eng Lai berkata, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan akibat gangguan bekalan elektrik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik di pusat mengundi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kepong, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata sebaliknya, hanya set generator di pusat mengundi berkenaan yang mengalami kerosakan akibat gangguan bekalan elektrik.
"Kami mendapati set generator yang digunakan rosak pagi ini tetapi keadaan itu berjaya dibaik pulih," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata tiada sebarang provokasi berlaku semasa kejadian.
DAPATKAN KEPUTUSAN TIDAK RASMI DAN RASMI PRU15 DI SINI
Sementara itu, TNB Careline menerusi kenyataan dalam Facebook memaklumkan siasatan mendapati punca kejadian itu disebabkan masalah pendawaian dan gangguan sistem bekalan melalui jana kuasa mudah alih di pihak pengguna.
"TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang proses pengundian ini selesai," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, terdapat dakwaan mengenai kejadian power trip hampir satu jam di pusat pengundian itu dan pengundi terpaksa mengundi dalam gelap.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#black out
#pusat mengundi
#SJKC Kepong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan