awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Proses undi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi

Bernama
Bernama
03/12/2022
01:00 MYT
PRU15: Proses undi awal Parlimen Padang Serai, DUN Tioman bermula 8 pagi
Sarjan Noor Pazilah Abdul Rahman dari IPD Kulim menunjukkan jari yang dicelup dengan dakwat khas selepas mengundi awal sempena PRU15 bagi Parlimen P.017 Padang Serai. -Bernama
KUALA LUMPUR: Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai di Kedah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman di Pahang bermula secara rasmi pada 8 pagi ini, melibatkan sejumlah 319 pengundi awal.
Daripada jumlah itu, 76 orang adalah anggota polis yang mengundi awal bagi Parlimen Padang Serai manakala 243 orang anggota polis mengundi awal bagi DUN Tioman.
Bagi undi awal Parlimen Padang Serai, sebuah pusat pengundian awal dibuka di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bermula 8 pagi hingga 2 petang.
Bagi DUN Tioman, dua pusat pengundian awal dibuka di Bilik Rehat IPD Rompin bermula 8 pagi hingga 5 petang dan Bilik Maklumat Balai Polis Tekek Pulau Tioman mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari.
Kertas undi awal tidak akan dikira hari ini dan kesemua peti undi akan disimpan di lokap balai polis untuk jagaan selamat.
PRU15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang telah disahkan bertanding iaitu M. Karupaiya dari Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) di DUN Tioman.
PRU15 Parlimen Padang Serai menyaksikan pertembungan enam penjuru dengan saingan melibatkan calon PH, Barisan Nasional (BN), PN dan Pejuang, namun malam tadi BN memberi laluan kepada PH dan tidak bertanding.
DUN Tioman pula menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang Bebas tetapi PH sudah menyatakan menarik diri daripada PRU berkenaan bagi tanda kesepakatan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri dan nasional.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Parlimen Padang Serai
#DUN Tioman
#undi awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan