awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: "Satu undi untuk PN adalah satu undi untuk BN" - Kor Ming

Aida Aziz
Aida Aziz
17/11/2022
09:27 MYT
PRU15: "Satu undi untuk PN adalah satu undi untuk BN" - Kor Ming
Nga Kor Ming (kanan) menyifatkan satu undi yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ibarat satu undi untuk Barisan Nasional (BN).
IPOH: Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming menyifatkan satu undi yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ibarat satu undi untuk Barisan Nasional (BN).
Justeru, Kor Ming menegaskan, para pengundi diminta untuk tidak membazirkan undi tersebut kepada gabungan berkenaan dan membuat pilihan tepat dengan mengundi calon dari Pakatan Harapan (PH).
"Maklumat terkini yang saya terima adalah pengumuman daripada Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin.
"Takiyuddin sudah umum sedang mencari jalan untuk bekerjasama dengan BN. Oleh kerana itu, saya mengambil peluang ini menyeru supaya seluruh pengundi jangan bazirkan satu undi pun kepada PN dan BN.
"Mereka sekarang sudah ada muslihat dan rahsia nak bergabung, maka satu undi untuk PN adalah satu undi untuk BN.
"Jangan bazir undi, undi Pakatan Harapan (PH) barulah kita akan ada satu perubahan yang positif untuk memulihkan ekonomi, menghapuskan rasuah dan membina bangsa Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada penberita dalam sidang media di Pejabat DAP Perak, di Medan Istana, di sini, pada Khamis.
Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Takiyuddin pihaknya akan bergabung dengan BN pasca PRU15 jika tidak memperoleh kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Dalam pada itu, ditanya mengenai ura-ura BN dan PH akan bergabung selepas PRU15 pula, Kor Ming tegas dengan pendiriannya bahawa PH ketika ini sedang fokus untuk meraih kemenangan.
Kata beliau, PH kini hanya fokus untuk memastikan gabungan itu memperoleh lebih daripada 112 kerusi pada PRU15.
"Kita sekarang ini fokus supaya PH boleh menang dan lebih daripada 112 kerusi, matlamat kita pastikan fokus PH menang semua," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#PRU15
#undi untuk PN
#undi untuk BN
#Nga Kor Ming
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan