PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, tarikh yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ialah sehingga habis penggal iaitu hujung Julai 2023.
Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu berkata, Barisan Nasional (BN) dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh PRU15.
“Tarikh yang sesuai ialah kalau kita ikut jadual PRU15. Itu tarikh sesuai.
“Tapi saya dapati pihak kerajaan nak ambil peluang terhadap parti-parti lawan tidak bersedia supaya diadakan pilihan raya lebih awal supaya mereka mendapat kemenangan,” katanya dalam sidang media selepas menyaksikan memorandum persefahaman (MoU) Pejuang Muda dan Silver Gold Collector Group di ibu pejabat parti itu di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh sesuai untuk kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengadakan PRU15.
Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, kekerapan berbincang mengenai tarikh PRU15 akan memberi kesan kepada kestabilan politik.
Namun begitu, Ismail Sabri tidak menolak bahawa setiap hari negara semakin hampir dengan tarikh PRU15.
Sementara itu, mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan beliau sebagai tidak lagi relevan, Dr Mahathir berkata, itu adalah pandangan peribadi Ahli Parlimen Pekan itu.
"Saya tidak relevan? Itu pandangan dia (Najib). Lain orang lain pandangan. Dia mempunyai hak untuk kata semua orang sebagai tidak relevan, itu pandangan dia," kata Dr Mahathir.
Sebelum ini, Najib mendakwa, bukti Dr Mahathir sudah tidak lagi relevan dapat dilihat menerusi kempen Ahli Parlimen Langkawi itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Kata Najib, di DUN Ayer Hitam tempat Dr Mahathir berkempen itu hilang deposit.
Astro Awani
Thu Jun 16 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad meenyifatkan Barisan Nasional dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15. - Gambar fail BERNAMA
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Malaysia sebuah negara selamat - Kedutaan AS
Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Profesor Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah negara tidak selamat dilawati.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, pihak kedutaan berkata tiada perubahan kepada nasihat perjalanan yang kekal pada tahap satu, iaitu tahap paling rendah daripada empat tahap.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
Kakitangan bakal terima tunggakan gaji dalam tempoh 30 bulan
Isu tunggakan gaji membabitkan 20 bekas kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) selama sembilan bulan dijangka selesai dalam waktu terdekat selepas kesemua mereka akan menerima bayaran secara berperingkat dalam tempoh 30 bulan berjumlah RM337,000.
Dr Mahathir dakwa undang-undang kini 'mengancam rakyat'
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk mengancam rakyat.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.
Tun M sambut Ramadan di IJN
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut Ramadan kali ini di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Tun M jalani proses pemulihan di IJN
Jurucakap Tun M memberitahu, belum dapat dipastikan bila bekas Perdana Menteri itu akan dibenarkan discaj.
Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu
Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.
Dr Mahathir terima rawatan di IJN akibat jangkitan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kini sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan SPRM ke atas Mokhzani didakwa ada kaitan dengan Tun M
Siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan kuasa membabitkan bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kertas siasatan kenyataan Dr Mahathir dijangka dirujuk kepada AGC tiga ke empat hari lagi - KPN
Beliau juga menafikan kenyataan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu yang mendakwa disoal siasat umpama seorang penjenayah dan berkata polis hanya menjalankan tugas dengan meneruskan siasatan.