awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Shahril Hamdan tewas di Alor Gajah, Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
19/11/2022
16:24 MYT
PRU15: Shahril Hamdan tewas di Alor Gajah, Mas Ermieyati pertahan Masjid Tanah
Shahril meraih 27,288 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari yang berjaya mendapat 28,178 undi. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Percaturan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum ke-55 (PRU15) tidak menjadi apabila tewas dengan majoriti 890 undi.
Shahril meraih 27,288 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH) Adly Zahari yang berjaya mendapat 28,178 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pula meraih sebanyak 17,211 undi manakala calon Parti Pejuang, Muhammad Nazriq Abdul Rahman hilang deposit apabila hanya meraih 323 undi.
Pada PRU14 lalu, Mohd Redzuan atau mesra disapa ‘Pak Wan’ yang ketika itu bertanding atas tiket PKR menang dalam saingan tiga penjuru menentang dua calon dari BN dan Pas dengan majoriti 6,980.
Sementara itu, Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan calon PN di Parlimen Masjid Tanah membuat kejutan apabila berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya atas tiket BN pada PRU14 lalu.
Mas Ermieyati berjaya memperolehi majoriti 4,411 undi menewaskan calon BN yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Abdul Hakim Abdul Wahid yang hanya meraih 21,193 undi.
Untuk rekod, Mas Ermieyati yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) memenangi kerusi itu atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRU14 sebelum menyertai Bersatu pada 13 Disember 2018.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Shahril Hamdan
#Mas Ermieyati Samsudin
#keputusan PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan