awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Global Sumud Flotilla hantar misi kemanusiaan terbesar ke Gaza pada 29 Mac
Adibah bawa agenda kerjasama pembacaan ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
NIOSH tawar 3,000 tempat kursus OSH-C percuma kepada PKS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRU15: Tengok rekod prestasi sebelum mengundi - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
25/10/2022
21:00 MYT
PRU15: Tengok rekod prestasi sebelum mengundi - Wan Rosdy
Wan Rosdy berkata, kemampuan kerajaan negeri Pahang yang ditadbir BN mempunyai rekod prestasi sangat baik. - Gambar fail
KUANTAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail percaya pengundi kini bijak menilai kemampuan kerajaan untuk mentadbir berdasarkan rekod prestasi sebelum membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau berkata kemampuan kerajaan negeri Pahang yang ditadbir BN mempunyai rekod prestasi sangat baik, seperti kejayaan meningkatkan hasil, mengurangkan hutang negeri dan pemberian pelbagai bentuk bantuan termasuk Bantuan Prihatin Pahang.
"Jika kita hendak beri kenaikan pangkat (di tempat kerja) sekalipun, kita akan melihat kepada rekod prestasi cemerlang atau tidak. Jika rekodnya sering ponteng, bagaimana kita hendak beri kenaikan pangkat? Ini analogi yang mudah difahami.
"Begitu juga dengan kerajaan, kena tengok rekod prestasi dan itu harus jadi ukuran dan pertimbangan kepada pengundi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Warga Emas dan Jubli Emas Persatuan Pesara Kerajaan Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini pada Selasa.
Pahang merekodkan peningkatan hasil negeri melebihi RM1 bilion buat kali pertama, berjaya memperoleh pelaburan berjumlah RM20.56 bilion setakat September lepas dan berjaya mengurangkan hutang daripada RM3.31 bilion kepada RM952 juta sejak Wan Rosdy menerajui pimpinan kerajaan negeri.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, BN menang 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Pakatan Harapan (PH) (sembilan) dan PAS (lapan).
Bagi kerusi Parlimen, BN menang sembilan manakala PH memperoleh lima, sebelum 'hilang' satu kerusi selepas Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengumumkan keluar PKR untuk menyertai Bersatu pada 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Wan Rosdy Wan Ismail
#prestasi cemerlang
#pengundi bijak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan