awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan'

Sinar Harian
Sinar Harian
05/06/2023
22:15 MYT
Pulau Pinang milik Kedah: 'Tiada sebab Sanusi dikenakan tindakan'
Takiyuddin berkata, Pas akan mempertahankan isu tersebut pada Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pas berpendirian tiada sebab untuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dikenakan tindakan berhubung kenyataan kontroversinya bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan tersebut tidak menjadi kesalahan.
Sebaliknya, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memutar belit kenyataan itu merupakan sesuatu yang tidak wajar.
"Ini bukan perkara baharu. Jika tengok rekod, pada 2017 seorang exco kerajaan negeri Kedah (bawah BN) mengeluarkan kenyataan sama.
"Perkara ini sudah jadi perbahasan akademik di pelbagai peringkat.
"Bagi Pas, kita sokong apa yang MB Kedah sebut untuk dibuat kajian dan penyelesaian agar menokhtahkan perkara ini," katanya ketika ditemui media selepas mesyuarat Ahli Parlimen PN di sini pada Isnin.
Takiyuddin berkata, Pas akan mempertahankan isu tersebut pada Persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.
"Tengok soalan esok," katanya.
Menurut kertas Pertanyaan-pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) pada Selasa, isu kenyataan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah akan bangkitkan Lim Guan Eng (PH-Bagan).
Dalan soalan pertama PMQT, Guan Eng bertanyakan apakah tindakan kerajaan ke atas Sanusi bahawa Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang agar boleh dikembalikan kepada Kedah.
Guan Eng dalam soalan itu berkata, kenyataan tersebut telah memecah-belahkan perpaduan rakyat khususnya menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Pulau Pinang serta mengancam keharmonian dan keselamatan dalam negara.
Kenyataan dikeluarkan Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah telah menimbulkan pertikaian ramai khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan Pulau Pinang.
Pada Khamis, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer turut membuat laporan terhadap Sanusi berhubung dakwaan berkenaan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Takiyuddin Hassan
#pulau pinang
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan