Pergerakan Puteri UMNO sudah mempunyai senarai calon bagi setiap negeri untuk bertanding sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat, kata Ketua Pergerakannya Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Beliau berkata senarai itu akan diberi kepada pengerusi perhubungan UMNO di seluruh negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti.
"Dahulu (PRU13) kita ada sembilan calon Puteri yang mendapat tempat sebagai Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jadi kita harapkan jumlah itu akan bertambah untuk PRU14.
"Ini kerana kewujudan dan sumbangan golongan wanita muda dalam UMNO memang tidak dapat disangkal lagi. Jadi kita harapkan penghargaan kepada golongan wanita muda oleh pucuk pimpinan (UMNO) dapat diterjemahkan melalui pemilihan lebih banyak wanita muda sebagai calon PRU14," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Skuad Puteri Peduli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang disempurnakan oleh Anggota Parlimen Titiwangsa yang juga Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di sini pada Ahad.
Mas Ermieyati berkata lima daripada sembilan wakil Puteri UMNO yang memenangi PRU13, kini telah beralih ke Pergerakan Wanita UMNO atas faktor usia.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2016, Pergerakan Pemuda dan Puteri bersepakat mengusulkan formula 30 peratus calon muda, selain Puteri bersetuju dengan sasaran Pergerakan Wanita untuk meletakkan 30 peratus calon wanita pada PRU14.
Sementara itu, Mas Ermieyati berkata Skuad Puteri Peduli merupakan satu usaha pergerakan itu memenangi hati masyarakat dan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
Skuad mempunyai tiga komponen iaitu Ziarah Puteri Peduli, S.A.F.E dan Gerak Kerja Berfokus bagi memastikan tugas membantu rakyat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan strategik.
Untuk permulaan gerak kerja Skuad Puteri Peduli, sebanyak 20,000 kit bantuan makanan bersempena Ramadan akan diedarkan di seluruh negara secara serentak bermula 3 Jun ini.
Sementara itu, Johari berkata BN meletakkan sasaran untuk memenangi lebih separuh daripada 13 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan.
"Maklumat secara terperinci saya tidak boleh kongsikan lagi tetapi itu sasaran BN bagi Wilayah Persekutuan," katanya sambil melahirkan keyakinan mencapai sasaran itu berdasarkan prestasi BN membantu rakyat yang kini bertambah baik.
UMNO, yang menjadi tunjang utama BN, menguasai empat kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan iaitu Setiawangsa, Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017
Mas Ermieyati berkata senarai itu akan diberi kepada pengerusi perhubungan UMNO di seluruh negeri sebelum diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti. - Foto BERNAMA
Bing kini digunakan lebih 140 juta pengguna setiap hari
Selain Bing, aplikasi Copilot untuk iOS dan Android juga memperlihatkan peningkatan kadar muat turun dari hari ke hari.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Nahas helikopter: Kementerian pertahanan, ATM aktifkan Tabung Tragedi Lumut 24
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia menubuhkan tabung khas 'Tabung Tragedi Lumut 24' bagi orang ramai menghulurkan bantuan kewangan.
Blok Negara Islam Sedang ‘Stress’? Langsung Dialog 4 Menteri Luar – Arab Saudi, Turkiye, Jordan dan Mesir
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Menteri Luar Turkiye dan Arab Saudi antara yang tampil duduk sepentas
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
membincangkan apa lagi yang bakal jadi nanti.
#SpecialMeeting24
Tiada bukti kaitkan guru dengan kes pedofilia di MRSM Tumpat - Polis
Tiada bukti dapat dikaitkan dengan seorang guru berhubung dakwaan berlaku kes pedofilia di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat.
Polis tahan pasangan kekasih, rampas pistol dan dadah bernilai RM4.73 juta
Polis menahan sepasang kekasih dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.73 juta dalam serbuan di sebuah kondominium di Pucho
Suami kongsi gambar nikah, netizen beri kata-kata semangat buat Irma Hasmie
Perkongsian Redza menimbulkan respons yang pelbagai dalam kalangan netizen. Beberapa peminat turut dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Irma.
Kotak hitam helikopter mendarat cemas di Pulau Angsa dihantar ke Itali
Kotak hitam helikopter AW139 milik Maritim Malaysia yang melakukan pendaratan cemas di sekitar perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor telah dihantar ke Itali.
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando
Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.
Kawalan sempadan dipertingkat di sempadan Malaysia-Thailand
Polis Kelantan memantau perkembangan kejadian letupan dan insiden tembak menembak di Sungai Golok awal pagi Isnin dengan meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara.
PAC mula prosiding isu LTAT, NIISe selepas Aidilfitri - Mas Ermieyati
PAC akan memulakan dua prosiding baharu melibatkan isu LTAT dan pembangunan serta perolehan NIISe selepas sambutan Aidilfitiri.
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
PAC pandang serius, bimbang dengan kelewatan kemajuan pembinaan kapal LCS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memandang serius isu kelewatan kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Rayuan petisyen pilihan raya Parlimen Masjid Tanah didengar 16 Feb
Rayuan calon BN terhadap keputusan mahkamah menolak petisyen dikemukakannya bagi membatalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada PRU15 didengar 16 Feb.
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mahkamah Pilihan Raya Melaka mengekalkan kemenangan Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Parlimen Masjid Tanah.
Keputusan sama ada Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah diketahui hari ini
Ia susulan petisyen difailkan calon BN Abdul Hakim Abdul Wahid untuk mencabar kemenangan calon PN itu.
PAC bentang laporan pengurusan wabak COVID-19 pada 30 Oktober ini
Mas Ermieyati memaklumkan PAC akan memulakan prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp pada 23 Oktober ini.
Kemajuan LCS antara 4 laporan dibentang pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat Oktober ini
Laporan Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua - Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah antara empat laporan yang akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat, Oktober ini.
PAC sasar bentang laporan pengurusan COVID-19 pada sidang Parlimen Okt-Nov
PAC komited untuk membentangkan laporan berhubung Pengurusan Wabak COVID-19 untuk dibahaskan pada sidang Parlimen Okt-Nov.
Bekas pegawai pengawal, KSU perlu hadir prosiding PAC
Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh.