awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi lawat pejabat buat kali terakhir

Seth Akmal
Seth Akmal
13/06/2025
06:06 MYT
Rafizi lawat pejabat buat kali terakhir
Datuk Seri Rafizi Ramli turut mengambil kesempatan memperkenalkan kakitangan yang membantu beliau di Kementerian Ekonomi. - Gambar/ Facebook Rafizi Ramli
KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan telah membuat lawatan kali terakhir ke pejabatnya di Putrajaya pada Khamis dan Jumaat untuk menyelesaikan beberapa urusan.
“Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat,” katanya.
Melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook, Rafizi turut mengambil kesempatan memperkenalkan kakitangan yang membantu beliau di Kementerian Ekonomi.
“Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya,” katanya.
Rafizi turut mengimbau beberapa program yang telah dilaksanakan seperti penanaman cili, semikonduktor, ekosistem syarikat pemula, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), pelan gaji progresif dan Rancangan Malaysia ke-13 RMK13.
Ahli Parlimen Pandan itu menzahirkan penghargaan kepada pegawainya termasuk Azraai Bahari Nasruddin, Benjamin Quek, James Chai, Ismat Qayyum dan Haqimi Zamri.
“Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya,” katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilapor berkata, beliau masih memberi masa kepada Rafizi dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang meletakkan jawatan, untuk memikirkan secara masak-masak sebelum melepaskan kedudukan mereka dalam Kabinet.
“Biar mereka berfikir …. Saya kalau boleh (mahu) mereka sertai semula (Kabinet), surat (peletakan jawatan) sudah diterima, tetapi saya belum terima (luluskan) peletakan jawatan mereka," katanya.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden Parti yang diadakan secara tertutup, di sini, semalam.
Pada 17 Jun, Rafizi mengumumkan perletakan jawatan selaku menteri dan menghabiskan baki cuti tahunannya sehingga 16 Jun 2025.
Difahamkan beliau membuat keputusan tersebut susulan gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti pada Mei.
Beliau menegaskan tindakannya itu simbolik kepada membudayakan politik baharu yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.
“Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan oleh PKR menjadi program kerajaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kementerian Ekonomi
#Rafizi Ramli
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan