awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DPMM FC mulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Bekas PM Jepun Yoshihide Suga bersara, mahu beri laluan kepada pemimpin muda
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi letak jawatan, diganti Saifuddin Nasution

Cynthia Ng
Cynthia Ng
25/11/2016
10:40 MYT
Rafizi letak jawatan, diganti Saifuddin Nasution
Rafizi akan mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR serta-merta bermula hari ini.
Rafizi akan diganti oleh Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang sebelum ini pernah memegang jawatan tersebut pada 2010 sehingga 2014.
Keputusan Rafizi ekoran didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) pada 14 November lalu.
Menurut Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, perkara tersebut telah dibincangkan terlebih dahulu mengambil kira kemungkinan Rafizi dijatuhkan hukuman atas pertuduhan yang dibawa terhadapnya.
Rafizi dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh mahkamah Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas disabitkan bersalah atas dua tuduhan di bawah OSA.
"Beliau telah memaklumkan kepada saya sejak setahun lalu hasrat beliau melepaskan jawatan setiausaha agung sekiranya beliau disabitkan dengan kesalahan yang melucutkan kelayakan beliau memegang jawatan di dalam organisasi politik," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan hari ini.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas Rafizi sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi.
Rafizi, bagaimanapun, akan mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR.
Pelantikan Saifuddin Nasution sebagai Setiausaha Agung parti baharu akan berkuat kuasa esok.
Topic Berkaitan
#Dr Wan Azizah Wan Ismail
#Keadilan
#PKR
#Rafizi Ramli
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan