awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rafizi perlu jujur pada diri sendiri, henti main politik murahan - Farhash

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
16/03/2022
13:53 MYT
Rafizi perlu jujur pada diri sendiri, henti main politik murahan - Farhash
Farhash meminta Rafizi untuk lebih beradab dan sentiasa berhati-hati dalam setiap pertuturannya agar tidak mengguris hati semua anggota keadilan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menasihatkan Rafizi Ramli supaya bersikap jujur dengan diri sendiri dan berhenti bermain politik murahan.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, Farhash meminta bekas Ahli Parlimen Pandan itu lebih beradab dan sentiasa berhati-hati dalam setiap pertuturannya agar tidak mengguris hati semua anggota keadilan.
“Kenyataan bekas Ahli Parlimen Pandan itu kian menterjemahkan agenda tersembunyi dengan berdolak-berdalih dari menyatakan cita-cita sebenarnya.
“Rafizi yang banyak berkias dalam kenyataannya dengan menyindir Presiden parti sebagai lemah dan menyifatkan percutiannya dari aktif dalam Keadilan sebelum ini adalah kerana tidak bersetuju dengan keputusan dibuat pimpinan.
“Rafizi juga secara biadap menyatakan bahawa beliau memilih untuk tidak bertanding jawatan Presiden supaya tidak menimbulkan kacau-bilau dan mengganggu mesej-mesej parti kepada umum.
“Jika dirasakan begitu, gelanggang demokrasi ini dibuka seluasnya. Biar anggota Keadilan melihat wajah sebenar kerakusan kuasa yang sanggup membelakangkan kepimpinan parti,” ujar Farhash dalam kenyataan media pada Rabu.
BACA: Rafizi kembali ke gelanggang politik, tanding jawatan Timbalan Presiden PKR
Tegas Farhash lagi, Keadilan merupakan sebuah parti yang cukup dinamik kerana ianya merangkumi suara seluruh lapisan masyarakat dan setiap keputusan parti perlu diterima secara berjemaah.
Rafizi, pada Selasa mengesahkan akan kembali ke gelanggang politik apabila mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu akan datang.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata, keputusan itu dibuat kerana menyedari bahawa strategi gabungan politik ketika ini membuatkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) semakin jauh daripada rakyat.
Topic Berkaitan
#Rafizi Ramli
#PKR
#Parti Keadilan Rakyat
#Pakatan Harapan
#Farhash Wafa Salvador
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan