KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mengesahkan akan kembali ke gelanggang politik apabila mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu akan datang.
Dalam satu kenyataan, Rafizi berkata keputusan itu dibuat kerana menyedari bahawa strategi gabungan politik ketika ini membuatkan PKR dan Pakatan Harapan (PH) semakin jauh daripada rakyat.
"Keputusan Pilihanraya Negeri Johor (PRN Johor) baru-baru ini mengesahkan bahawa Keadilan dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional. Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk oleh semua rakyat Malaysia yang mendukung idealisme politik progresif yang dibawa Keadilan dan Pakatan Harapan.
"Keadilan dan Pakatan Harapan menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) kerana isu-isu yang dibawa ketika itu dekat dengan rakyat. Rakyat memahami kesan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak ketika itu kepada kehidupan seharian dan masa depan mereka.
"Rakyat juga tertarik dengan beberapa penyelesaian yang dibawa untuk merungkai masalah ekonomi yang dihadapi.
"Rentetan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas PRU14 meyakinkan sebahagian rakyat (terutamanya pengundi atas pagar) bahawa pertelingkahan politik di peringkat pimpinan negara hanyalah berkisar kepada agihan kuasa sesama mereka," katanya.
Rafizi, berundur dari politik pada Disember 2019, dengan menyatakan mahu menumpukan perhatian pada projek perniagaan dan mendalami ilmu berkaitan teknologi.
"Saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan Keadilan dan Pakatan Harapan memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara.
"Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran Pakatan Harapan dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).
"Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaasuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan Keadilan dan Pakatan Harapan dari rakyat.
"Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69. Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi," ujarnya lagi.
Madiha Abdullah
Tue Mar 15 2022

Rafizi berkata keputusan itu dibuat kerana menyedari bahawa strategi gabungan politik ketika ini membuatkan PKR dan PH semakin jauh daripada rakyat. - Gambar fail

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Pemilihan PKR: Rafizi yakin kempen maya PKR serasi dengan suara akar umbi
Beliau berkata kekuatan PKR di media sosial sejak dahulu lagi menjadi kelebihan untuk mendekati akar umbi parti dan rakyat yang menyokong.

Pemilihan PKR: Terserah kepada Nurul Izzah, Rafizi putuskan untuk berdebat - Saifuddin
Saifuddin Nasution menyerahkan kepada kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR sama ada mahu meneruskan debat atau sebaliknya.

Usaha bangunkan negara perlu penglibatan ahli - Nurul Izzah
Mengambil contoh isu rakyat seperti pendidikan, PKR, kata Nurul Izzah perlu terus memberikan 'kepedulian' sekali gus dapat memberi keyakinan rakyat terhadap parti.

Yayasan Peneraju lancar Program 'YPXLR8', perkasa kerjaya Bumiputera dalam bidang teknologi
Agensi di bawah Kementerian Ekonomi, Yayasan Peneraju (YP) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi YPXLR8 (YP Accelerate).

'Ini bukan tentang politik saja' - Nurul Izzah tolak pelawaan debat
Kata Nurul Izzah, tumpuannya kini adalah menyantuni perwakilan dan tidak mahu fokus kepada berpolitik semata-mata.

Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Jelas Rafizi, keputusan itu diambil bagi meredakan suhu yang panas dalam kalangan penyokong kedua-dua tokoh muda parti tersebut ketika ini.

Pemilihan PKR: Segala dakwaan perlu serta bukti - Amirudin
Segala dakwaan berhubung ketelusan proses pemilihan PKR perlu disertakan dengan bukti dan bukannya bersandar kepada permainan sentimen atau hujahan tidak jelas.

Pemilihan PKR 2025: Demi kestabilan parti, Saifuddin tidak bertanding
Dengan itu, perhatian kedudukan Timbalan Presiden PKR kini tertumpu antara dua personaliti - Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar.

Afdlin balas Rafizi: 'Saya pelawak, tapi dipilih akar umbi'
Kata Afdlin, beliau menyertai PKR bukan ketika parti berada di puncak kuasa, tetapi sewaktu ramai memilih menjauhkan diri.

Pemilihan PKR: Tertiblah dalam berkempen, jangan serang peribadi dan menuduh tanpa asas - Amirudin
Amirudin Shari menggesa semua pihak bertanding untuk tidak menyerang peribadi lawan, melontar fitnah atau membuat tuduhan yang tidak berasas.