awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Kedah dinasihat jangan ulangi kesilapan PRU12

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/04/2018
14:18 MYT
Rakyat Kedah dinasihat jangan ulangi kesilapan PRU12
Ahmad Zahid mahu semua anggota UMNO dan juga rakyat perlu menyokong siapa juga pemimpin yang telah ditentukan oleh Perdana Menteri.
Rakyat Kedah dinasihat supaya jangan mengulangi kesilapan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) yang lalu dengan memillih pembangkang sebagai kerajaan negeri kerana ternyata ia telah merugikan mereka.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa memberikan nasihat itu berkata ia perlu dijadikan pengajaran berguna dengan terus memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) sepertimana dilakukan pada PRU13 yang terbukti memiliki rekod terbaik membela nasib dan kebajikan rakyat.
"Saya sayang orang Kedah. Apabila kita sayang kepada sesebuah negeri ertinya kita tidak mahu Kedah terlepas sekali lagi pada orang lain kerana kita telah melakukan yang terbaik orang lain sebelum itu dan orang lain selepas itu," kata Ahmad Zahid.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 10,000 rakyat pada Program Bersama Rakyat di Tapak Pekan Sabtu Pendang, petang tadi.
Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Anggota Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul dan Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Md Rozai Safian.
Ahmad Zahid berkata sehubungan itu beliau mahukan semua anggota UMNO dan juga rakyat perlu menyokong siapa juga pemimpin yang telah ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada PRU14 ini.
Ahmad Zahid yang juga timbalan pengerusi BN mahukan seluruh rakyat bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dirasai selama ini dengan terus menyokong agenda yang diperjuangkan BN.
Ahmad Zahid juga meminta rakyat menolak parti yang menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik mereka, sebaliknya menyokong BN yang menggunakan politik demi memperkuatkan syiar dan syariat Islam.
Berhubung Pendang, beliau yakin melalui perpaduan yang erat dalam kalangan pemimpin, BN mampu mempertahankan kawasan Parlimen itu pada PRU14.
Ahmad Zahid turut mengumumkan slogan pilihan raya BN yang baharu iaitu “BN Hebat, Negaraku Hebat, Rakyat Hebat” serta mengumumkan peruntukan sebanyak RM7 juta bagi membina masjid daerah Pendang.
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Barisan Nasional
#Kedah
#Menteri Besar
#Najib Razak
#pilihan raya umum
#PRU14
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan