awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat masih menyenangi Muafakat Nasional - Annuar Musa

Bernama
Bernama
06/03/2022
08:51 MYT
Rakyat masih menyenangi Muafakat Nasional - Annuar Musa
Menurut Annuar, masyarakat Melayu dan orang Islam khususnya, berasa senang hati apabila melihat pemimpin bermuafakat sesama mereka serta bersederhana dalam politik. - Foto BERNAMA
MUAR: Ramai rakyat Malaysia masih menyenangi Muafakat Nasional (MN) di atas dasar kerjasama dan penyatuan yang dibawa oleh kerjasama politik tersebut, kata Ketua Bahagian UMNO Ketereh Tan Sri Annuar Musa.
Menurutnya masyarakat Melayu dan orang Islam khususnya, berasa senang hati apabila melihat pemimpin bermuafakat sesama mereka serta bersederhana dalam politik.
"Ramai suka dengan MN ini, itu jangan kita nafikan... bila tengok pemimpin bersederhana, bermuafakat jadi di bawah itu (penyokong) lebih ramai.
"Kalau kita melampau-lampau, nanti orang benci sebab itu hati rakyat kita kena baca," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Komuniti Keluarga Malaysia Zon Utara Johor di sini hari ini.
Annuar ditanya mengenai kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua hari lepas yang mengatakan bahawa kerjasama politik antara parti itu dan Pas "biarlah diletakkan dalam satu lipatan yang tidak perlu dibuka lagi."
BACA: Ahmad Zahid beri gambaran kerjasama UMNO, Pas tidak dinilai semula
Sehubungan itu, bekas setiausaha agung MN itu berkata beliau mengambil sikap terbuka dengan menunggu keputusan rasmi daripada UMNO, disamping menghormati pandangan yang diberikan oleh individu mengenai status gagasan itu.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata sebanyak 1,674 Komuniti Keluarga Malaysia telah ditubuhkan sehingga 17 Feb lepas.
Beliau berkata sebanyak 168 Komuniti Keluarga Malaysia telah ditubuhkan di Johor, melibatkan kesemua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.
"Kerajaan amat berharap melalui penubuhan Komuniti Keluarga Malaysia, dapat memperkasa keupayaan serta daya saing komuniti setempat dalam bidang sosio-ekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muafakat Nasional
#MN
#kerjasama politik
#UMNO
#Barisan Nasional
#Annuar Musa
#PAS
#Melayu
#Islam
#PRN Johor
#Johor Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan