SHAH ALAM: Ramalan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukan sesuatu yang mengejutkan kerana semua pihak kawan mahupun lawan sememangnya menjangkakan sedemikian.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, disebabkan itu bukan perkara baru lawan UMNO membantah keras PRU15 diadakan, malah sejak parti itu meminta ia diadakan selepas proklamasi darurat tamat tahun lalu.
"Dr Mahathir perlu tahu majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar akan kesilapan yang sebahagian mereka lakukan pada PRU14.
"Mereka tidak mahu kesilapan lalu berulang gara-gara terpedaya dengan pembohongan, hasutan, fitnah dan janji-janji manis manifesto.
"Mereka telah menyaksikan kerosakan bukan sahaja ekonomi, malah keharmonian hidup masyarakat berbilang bangsa di Malaysia akibat kesilapan itu," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Beliau berkata demikian mengulas laporan bahawa Dr Mahathir yakin UMNO akan menang pada PRU15, walaupun parti itu akan berdepan krisis dalaman.
Selain itu, Dr Mahathir turut dilaporkan bahawa kebanyakan pengundi Melayu sudah kembali menyokong UMNO.
Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, ia berikutan pengundi sudah ditawarkan wang dan dan insentif lain.
Tambah Ahmad Zahid, orang Melayu juga telah mengerti betapa pentingnya kerajaan yang terbukti berkemampuan, berpengalaman, kukuh dan stabil untuk mentadbir demi kemakmuran tanah air.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu turut menggesa agar Dr Mahathir berhenti melabelkan orang Melayu secara negatif kerana ia perbuatan yang boleh mencetuskan syak wasangka dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
"Seseorang harus menasihati Dr Mahathir supaya berhenti melemparkan kata-kata yang memperlekeh kejujuran dan kebijaksanaan orang Melayu.
"Janganlah hanya kerana majoriti orang Melayu tidak lagi mempercayai Pejuang, Gerakan Tanah Air (GTA), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN), maka dituduh pengundi Melayu menyokong UMNO kerana wang," katanya.
Menurutnya, UMNO akan terus menjadi wadah yang menyatukan orang Melayu dan memupuk perpaduan masyarakat berbilang bangsa serta agama di negara ini. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 09 2022

AHMAD ZAHID: "Dr Mahathir perlu tahu majoriti orang Melayu kembali kepada UMNO kerana telah sedar akan kesilapan yang sebahagian mereka lakukan pada PRU14." - Fail Astro AWANI

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

'Proton diharap keluarkan kereta elektrik sendiri' - Tun Mahathir
Beliau berharap agar Proton Holdings Bhd dapat memajukan projek kereta elektrik seterusnya mengeluarkan kenderaan jenis itu pada masa depan.

PRU15: Rakyat sudah sedar 'drama politik cium mulut' Tun Mahathir, Anwar- Mahdzir
Menurut Mahdzir,'pertelingkahan' membabitkan Mahathir-Anwar sudah berlarutan sejak puluhan tahun lalu yang mana mereka hanya mementingkan kepentingan politik masing-masing.

Ramalan Tun Mahathir UMNO akan menang PRU15 bukan mengejutkan - Ahmad Zahid
Bukan perkara baru lawan UMNO membantah keras PRU15 diadakan, malah sejak parti itu meminta ia diadakan selepas proklamasi darurat tamat tahun lalu.

Ratu Elizabeth II contoh raja berperlembagaan yang baik - Dr Mahathir
Ratu Elizabeth II adalah contoh seorang raja berperlembagaan yang baik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

GTA guna logo Tanah Air, yakin pendaftaran lulus sebelum PRU15 - Tun Mahathir
Empat parti dalam gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) akan menggunakan satu logo yang dikenali sebagai Tanah Air pada Pilihan Raya Umum ke-15.

GTA tiada niat pecah belah Melayu, tak bekerjasama dengan 'penjenayah Melayu' - Tun Mahathir
Gerakan Tanah Air (GTA) menafikan tuduhan bahawa penubuhan gagasan politik itu bakal memecah belahkan orang Melayu.

Keluar parti: Rakyat boleh nilai, banding jasa Tun Mahathir dengan Hamidah - Pejuang Perak
Ketua Pejuang Perak, Mior Nor Haidir Suhaimi berkata GTA ditubuhkan atas dasar mahu menyelamatkan kelangsungan bangsa.

Kes Batu Puteh: Bantahan lantikan Apandi sepatutnya dibuat awal - Wan Junaidi
Sebarang bantahan mengenai kedudukan Mohamed Apandi sebagai Pengerusi PPK Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal.

RUU Antilompat Parti: Perlu ambil kira semua situasi - Tun Mahathir
RUU Antilompat Parti yang dibentangkan pada Rabu juga perlu mengambil kira dan melihat keperluan tertentu sebelum ia dilaksanakan.

Sumbangan politik UKSB: 'Saya tidak terima, kalau nak tuduh tunjuk bukti' - Tun M
Dr Mahathir berkata, pihak yang membuat dakwaan berkenaan perlu mengemukakan bukti yang menunjukkan beliau benar-benar terlibat, dan tidak hanya 'bercakap' sahaja.