awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramanan menang tanpa bertanding Ketua Cabang PKR Sungai Buloh

Bernama
Bernama
18/03/2025
13:15 MYT
Ramanan menang tanpa bertanding Ketua Cabang PKR Sungai Buloh
Ramanan berkata kemenangan itu kerana tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan tersebut. - Gambar fail/Bernama
SUNGAI BULOH: Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR Datuk Seri R. Ramanan mengesahkan beliau menang tanpa bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Sungai Buloh bagi pemilihan parti April ini.
Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata kemenangan itu kerana tiada pihak yang menghantar pencalonan untuk bersaing merebut jawatan tersebut.
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada anggota cabang di atas mandat dan kepercayaan yang diberikan kepadanya, untuk mengemudi PKR Sungai Buloh.
"Dengan mandat ini, saya akan terus bekerja keras membela rakyat dan memastikan warga Sungai Buloh tanpa mengira kaum terus menerima manfaat inisiatif Kerajaan MADANI," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Penyampaian Kotak Makanan kepada Ketua-Ketua Cawangan UMNO Sungai Buloh, di sini yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Sungai Buloh Datuk Megat Firdouz Megat Junid.
Mengulas mengenai pemilihan parti di peringkat cabang dan pusat, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata proses yang berlangsung membuktikan PKR sebagai sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, selain yakin semua calon akan bertanding secara sihat.
Ditanya mengenai kemungkinan untuk bertanding di peringkat pusat, Ramanan berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara itu.
"Saya orang Presiden. Saya telah mengadakan perbincangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim. Proses penamaan calon untuk seluruh cabang baru sahaja selesai.
"Penamaan calon untuk jawatan MPP (Majlis Pimpinan Pusat) masih ada masa lagi....saya akan umumkannya dalam masa yang terdekat," katanya.
Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh sebelum ini dilaporkan berkata pemilihan bagi jawatan di peringkat Cabang, Wanita Cabang dan Angkatan Muda Keadilan Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April.
Fuziah berkata pemilihan bagi jawatan MPP, Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dan Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat pula akan dilaksanakan pada 24 Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#usahawan
#Parlimen
#MPWP
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan