Datuk Seri Rina Mohd Harun mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2022 dalam pemilihan sayap parti itu, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menang tanpa bertanding, difahamkan selepas tiga pencabarnya hilang kelayakan berikutan keahlian parti mereka digugurkan.

Rina sebelum ini dicabar Ketua Bersatu Bahagian Kepala Batas, Azlina Mehtab Mohd Ishak; Timbalan Ketua Penerangan Srikandi, Datin Iza Ismail dan Ketua Srikandi Kuala Langat, Zuhuraina Makmur.

Sementara itu, bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipilih sebagai Naib Ketua Srikandi Bersatu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia, jawatan kuasa srikandi

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan pada Ahad malam, mengesahkan keputusan pemilihan berkenaan.

Kenyataan media keputusan pemilihan sayap Srikandi Bersatu.

Syed Hamid berkata, seramai 11,609 perwakilan mengundi semasa persidangan bahagian-bahagian Srikandi.

"Daripada 168 bahagian Srikandi yang layak bersidang, 165 bahagian berjaya mengadakan persidangan manakala tiga bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum mencukupi," katanya.

Selain itu, berikut adalah keputusan penuh pemilihan Srikandi:

Pengerusi Tetap: Datin Ida Harlina Ikhwan Nasir
Timbalan Pengerusi Tetap: Ruhaya Mohamed Yusof
Ketua Srikandi: Datuk Seri Rina Mohd Harun
Naib Ketua Srikandi: Mas Ermiyati Samsudin