awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Remaja lelaki maut, tujuh cedera kemalangan lapan motosikal di Lebuhraya BKE
Taiwan senarai virus Nipah sebagai Penyakit Kategori 5 susulan wabak di India
Ops Khas: JPJ sita enam kereta mewah bernilai RM1.5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rombakan Kabinet: 'Saya tidak dimaklumkan apa-apa, serah pada PM' - Ramanan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/12/2025
10:15 MYT
Rombakan Kabinet: 'Saya tidak dimaklumkan apa-apa, serah pada PM' - Ramanan
R Ramanan, menegaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat rasmi berhubung spekulasi yang menyebut namanya antara individu yang bakal terbabit dalam rombakan Kabinet. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR : Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, menegaskan beliau tidak menerima sebarang maklumat rasmi berhubung spekulasi yang menyebut namanya antara individu yang bakal terbabit dalam rombakan Kabinet.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri R Ramanan menegaskan beliau tidak menerima maklumat rasmi mengenai spekulasi terlibat dalam rombakan Kabinet; beliau menyerahkan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membuat pengumuman rasmi.
  • Inisiatif pemberian peralatan ICT kepada 387 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil merupakan usaha Kerajaan MADANI melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA); proses pengagihan dijangka selesai sebelum sesi persekolahan baharu pada 10 Januari 2026.
  • Spekulasi rombakan Kabinet juga melibatkan nama-nama lain seperti Khairy Jamaluddin dan kekosongan jawatan Menteri yang terdapat selepas beberapa individu meletak jawatan, termasuk Datuk Ewon Benedick dari UPKO.

Beliau berkata setakat ini tiada sebarang pemberitahuan diterima daripada pihak kerajaan mengenai dakwaan tersebut.
Sebaliknya beliau menyerahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat pengumuman rasmi berhubung penyusunan semula barisan Jemaah Menteri itu.
"Saya tidak diberitahu ataupun dimaklum apa-apa berkaitan dengan isu itu. Saya ingat biarlah Perdana Menteri membuat pengumuman itu dalam masa terdekat ataupun masa yang tidak lama lagi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bahawa namanya turut diangkat sebagai salah seorang calon Kabinet bagi mengisi kekosongan empat jawatan menteri.
Terdahulu, Ramanan menghadiri Majlis Peluncuran Penyerahan Peralatan ICT (Smart Board) kepada 387 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara, yang berlangsung di SJK (T) Vivekananda, Brickfields di ibu negara.
Dalam pada itu, Ramanan berkata inisiatif pemberian peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu merupakan usaha Kerajaan MADANI melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dan proses pengagihan dijangka selesai sebelum sesi persekolahan baharu bermula pada 10 Januari 2026.
Selain Ramanan, spekulasi rombakan Kabinet turut mengaitkan beberapa nama lain, termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, yang dikatakan berpotensi menyertai Kabinet melalui lantikan sebagai Ahli Dewan Negara atau Senator.
Ketika ini wujud kekosongan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri; Kementerian Ekonomi; serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad meletak jawatan pada Mei lalu susulan kekalahan mereka dalam pemilihan PKR.
Sementara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menamatkan tempoh sebagai Senator.
Kekosongan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi pula berlaku selepas Datuk Ewon Benedick meletak jawatan pada 8 November, berikutan keputusan UPKO menarik diri sebagai parti gabungan Pakatan Harapan (PH).



Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ramanan
#rombakan kabinet
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan