awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Rafiq Naizamohideen kini Naib Presiden Bersatu

Firdaus Azil
Firdaus Azil
23/08/2020
02:39 MYT
Ronald Kiandee, Radzi Jidin, Rafiq Naizamohideen kini Naib Presiden Bersatu
Mohd Rafiq Naizamohideen. - Gambar fail
Keputusan Pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi penggal 2019-2021 menyaksikan tiga muka baharu sebagai Naib Presiden Parti.
Mereka terdiri daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee, Menteri Kanan Kluster Sosial yang juga Menteri Pelajaran Senator Dr Mohd Radzi Jidin, dan Exco Kerajaan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu Tan Sri Syed Hamid Albar dalam satu kenyataan hari ini.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah dimuktamadkan sebelum ini iaitu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Keputusan Pemilihan MPT Bersatu 2019-2022 menyaksikan tiga muka baharu sebagai Naib Presiden Parti. 1. Datuk Seri Ronald Kiandee (@rkiandee) 2. Senator Dr Mohd Radzi Jidin (@RadziJidin 3. Datuk Mohd Rafiq Nazamohaideen (@mohdrafiq2020) Lanjut di @501Awani
— Initial: FA (@FirdausAzil) August 23, 2020
“Pada 22 Ogos, 2020, buat julung-julung kalinya bahagian-bahagian di seluruh negara telah mengadakan persidangan tahunan masing-masing. Seramai 23,438 orang perwakilan telah membuang undi semasa persidangan bahagian-bahagian tersebut.
“Daripada 179 bahagian yang layak bersidang hari ini, 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum,” kata Syed Hamid.
Jawatan Pengerusi yang sebelum ini disandang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kekal kosong.
Sementara itu, antara pemimpin kanan politik yang berjaya merebut tempat dalam 20 kerusi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed, bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, dan pengasas Parti Harapan Rakyat Sabah yang telah terbubar Datuk Seri Lajim Ukin.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dimuktamadkan sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dimuktamadkan sebelum ini iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Malaysia
#MPT Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Pemilihan Bersatu
#politik
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan