KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Tanah Air, Tun Dr Mahathir Mohamad mengharapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dapat bertimbang rasa dalam meluluskan nama, prinsip dan perlembagaan gerakan baharu itu.

Jelasnya, keputusan RoS terhadap UMNO bagi meluluskan pindaan perlembagaan pemilihan parti itu baru-baru ini memperlihatkan RoS juga akan membuat keputusan sama disifatkannya 'murah hati'.

"Kita dapati bahawa pihak RoS baru-baru ini begitu murah hati bertimbang rasa kepada UMNO dan membenarkan UMNO tangguh dia punya pemilihan.

"Jadi kita harap RoS juga bertimbang rasa kepada kita dengan nama, prinsip dan perlembagaan kita dengan secepat mungkin," kata Dr Mahathir.

Mengulas mengenai sama ada beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jawab Dr Mahathir, ia terpulang kepada pertimbangan semua pihak.

"Tiada 'poster boy' atau 'poster man' (untuk PRU15), hanya (bertanding) untuk menuntut keadilan.

"Adakah Tun akan bertanding (soalan wartawan): "Saya? saya dah 97 tahun tapi anda tengok saya masih boleh bercakap dengan begitu baik, jika anda rasa saya boleh bercakap, saya mungkin bertanding terpulang kepada kelulusan anda," jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pengumuman Gerakan Tanah Air di Yayasan Albukhary pada Khamis.

Dalam sidang media itu, beliau turut mengumumkan jawatankuasa gabungan politik baharu berkenaan.

Berikut senarai Jawatankuasa Gerakan Tanah Air:

Pengerusi: Tun Dr Mahathir Mohamad

Timbalan Pengerusi:
- Ustaz Zamani Ibrahim (Presiden Berjasa)
- Datuk Ibrahim Ali (Presiden Putra)
- Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Presiden Pejuang)
- Datuk Mohamed Mohsin Abdul Razak (Presiden IMAN).

Naib Pengerusi: (Akan dinamakan)

Ketua Setiausaha: Datuk Marzuki Yahya (PEJUANG)

Bendahari: (Akan dinamakan)

Ketua Penerangan: (Akan dinamakan)

Ahli Jawatankuasa:

-Datuk Muhammad Rosli Ramli (BERJASA)
-Tan Sri Mohamad Khalid Mohamad Yunus (PUTRA)
-Datuk Muhammad Ismail Ibrahim (IMAN)
-Amiruddin Hamzah (PEJUANG)
-Mohamad Zakaria (PUTRA)
-Dr Amir Hamzah (IMAN)
-Azriq Osman (BERJASA)
-Prof Dr Morat Merican (Ahli akademik)
-Ahmad Zaki Ahmad Ibrahim (Ahli profesional kewangan)
-Syed Hassan Syed Ali (Tokoh NGO)
-Dr Nazmi Desa (Agamawan)
-Khaidir Ahmad (Aktivis Alam Sekitar dan Rakyat Marhaen)
-Dr Farhan Rusli (Ahli akademik
Datuk Dr Abdul Halim Syer (Pakar Perubatan)