Calon Pakatan Harapan (PH) Datuk Karim Bujang optimis untuk memastikan beliau diberi mandat oleh rakyat, sekali gus memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis pada 18 Januari ini.
Selari dengan harapan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berkata, beliau mahu memastikan kawasan Parlimen itu terus mengecapi kemajuan demi manfaat rakyat.
Jelas Karim, adalah merugikan jika Parlimen Kimanis berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).
"Kedua-dua ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Membakut dan Bongowan itu, memang di pihak kerajaan (negeri).
"Jadi, adalah tidak begitu menguntungkan kalau Parlimen Kimanis ini jatuh kepada pihak pembangkang seperti yang lepas.
"Oleh itu, beliau (Mohd Shafie) berhasrat supaya kita dapat membangun dan berjalan seiring, memikirkan apa yang terbaik untuk penduduk di Parlimen Kimanis," katanya ketika ditemui pada Ahad.
Mohd Shafie juga adalah Presiden Warisan.
Mengulas lanjut, kata Karim, antara fokus utama beliau adalah memastikan masalah pengangguran dalam kalangan belia di kawasan itu dapat dikurangkan.
"Cara untuk mengurangkan insiden kekurangan peluang pekerjaan ini ialah dengan membawa industri yang mempunyai impak yang tinggi dan memerlukan tenaga kerja yang diperlukan.
"Kalau ini kita dapat wujudkan, ia boleh menyelesaikan sedikit sebanyak masalah yang dihadapi oleh belia dari segi pengangguran," ujarnya.
Karim bakal berdepan dengan calon BN, Datuk Mohamad Alamin dalam pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen itu.
Untuk rekod, daftar pemilih bagi PRK Parlimen Kimanis adalah seramai 29,664 pengundi mengikut data terkini.
Hasimi Muhamad
Sun Jan 05 2020
Karim (gambar) bakal berdepan calon BN, Datuk Mohamad Alamin dalam pertandingan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen itu. - Astro AWANI
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Rugi jika Parlimen Kimanis jatuh ke tangan pembangkang - Karim Bujang
Antara fokus utama Karim adalah memastikan masalah pengangguran dalam kalangan belia di kawasan itu dapat dikurangkan.