awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasutan di media sosial: Tiga lelaki India ditahan - Polis KL
Malaysia-India kukuhkan hubungan dua hala dengan pemeteraian 11 dokumen kerjasama utama
Peniaga bazar diingat ambil suntikan tifoid, jaga kebersihan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan - Azmin

Bernama
Bernama
10/02/2018
13:37 MYT
Rundingan kerusi di Selangor masih berjalan - Azmin
AZMIN: Rasa tidak puas hati PPBM berkaitan rundingan itu sebagai perkara biasa di mana parti berkenaan bebas memberikan pendapat masing-masing. - Foto Fail
Rundingan berhubung kerusi Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor masih berjalan, kata pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata, beliau berharap rundingan itu dalam kalangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah dan DAP dapat diselesaikan secepat mungkin.
Beliau menyifatkan rasa tidak puas hati PPBM berkaitan rundingan itu sebagai perkara biasa di mana parti berkenaan bebas memberikan pendapat masing-masing.
"Ia (demokrasi) adalah proses kecoh dan kita harus membenarkan mereka menyatakan pandangan. Sebab itu dari awal lagi saya katakan kalau kita dapat menyelesaikan usaha itu sekurang-kurangnya 80, 90, atau 95 peratus, ia adalah kejayaan besar.
"Tetapi jika ada kerusi, barangkali kurang daripada lima peratus yang perlu dirundingkian, kita harus benarkan proses itu kerana kita hendak menang," katanya selepas satu majlis konvokesyen di sini, hari ini.
Ketua penerangan PPBM, Sallehudin Amiruddin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pengumuman PH Selangor bahawa 35 daripada 56 kerusi di Selangor telah diputuskan.
Sallehudin berkata, PPBM mengintai 12 kerusi Umno negeri, tetapi mendakwa kerusi itu telah diberikan kepada PKR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#DAP
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Sallehudin Amiruddin
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan