Skip to main content

Dunia

Perbadanan Madinah tingkat perkhidmatan bagi pengunjung Masjid Nabawi, penduduk

ramadan di masjid nabawi
Perbadanan Madinah menggerakkan sumbernya bagi meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan sempena bulan suci Ramadan, dengan matlamat menyediakan persekitaran bersepadu untuk pengunjung Masjid Nabawi. - Gambar Facebook Juara Travel & Tours Cawangan Bandar Baru Bangi

MADINAH: Perbadanan Madinah menggerakkan sumbernya bagi meningkatkan kesiapsiagaan perkhidmatan sempena bulan suci Ramadan, dengan matlamat menyediakan persekitaran bersepadu untuk pengunjung Masjid Nabawi dan penduduk bandar, sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Perbandaran dan Perumahan.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), kerja-kerja tersebut termasuk menanam lebih 7,000 pokok dan menyediakan lebih 1,000 peralatan untuk menyokong operasi di lapangan, selain menempatkan lebih 5,000 kakitangan untuk melayani pengunjung dan penduduk di kawasan pusat bandar.

Advertisement

Usaha itu juga merangkumi pemasangan lebih 2,000 tiang lampu, penyediaan laluan basikal sepanjang melebihi 20,000 meter, serta pengoperasian sembilan platform perkhidmatan elektronik bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kepada pengunjung dan penduduk.

-- BERNAMA-SPA

 

 

 

Must Watch Video