Sabah kekal dengan pendirian tidak memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
Selepas enam hari perubahan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sabah hari ini 'membuka mulut' menyatakan bahawa mereka kini adalah blok pembangkang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya tidak akan memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional.
"Setelah hampir 45 minit (bertemu dengan pemimpin Warisan-UPKO-DAP-PKR) kita telah nyatakan bahawa kedudukan kita dan pendirian kita di peringkat negeri Sabah ialah kita akan terus beri sokongan kepada Tun M.
"Kerjasama antara kerajaan dan kerajaan ini memang sedia kita amalkan manakala kerjasama politik cukup jelas bagi kita. Kita beri sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan Sabah di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah di sini.
Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, kerjasama dengan Kerajaan Pusat akan terus dijalankan demi kepentingan rakyat dan negeri ini.
Tambahnya, ia termasuk kerjasama tentang rundingan hak-hak Sabah dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Tidak semestinya bila pembangkang kita kena faham kita kena fikir dari segi negara Malaysia.
"Malaysia bukan hanya terbentuk di Semenanjung sahaja tetapi juga merangkumi Sabah dan Sarawak. Jadi perlu ada perundingan tentang hak-hak ini," katanya.
Perkara itu dinyatakan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan 42 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan 14 Ahli Parlimen dari blok kerajaan negeri Sabah pada sesi taklimat khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini petang ini.
Assim Hassan
Thu Mar 05 2020
Presidennya Datuk Seri Shafie Apdal berkata demi kepentingan rakyat, kerajaan negeri Sabah akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana kerajaan persekutuan yang ada. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
ADUN Sungai Bakap semakin stabil - Isteri
Keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini kini semakin stabil.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.