awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PSG sambar bakat muda keturunan Filipina
Hakisan pantai Batu Ferringhi, Tanjong Bungah: JPS laksana langkah mitigasi
Dua ditahan kes samun menyamar pegawai Imigresen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
23/10/2025
04:20 MYT
Sanusi tarik balik kenyataan fitnah terhadap Anwar
Anwar dan Muhammad Sanusi bersetuju menamatkan pertikaian secara muktamad memandangkan terdapat isu-isu yang lebih besar dan penting yang memerlukan perhatian demi kepentingan negara.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mencapai kata sepakat untuk menamatkan pertikaian berhubung kes saman fitnah yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Alor Setar.
Menurut satu kenyataan bersama hari ini, keputusan itu dicapai selepas mengambil kira kesan tindakan saman serta kos perundangan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.
Anwar dan Muhammad Sanusi bersetuju menamatkan pertikaian tersebut secara muktamad memandangkan terdapat isu-isu yang lebih besar dan penting yang memerlukan perhatian demi kepentingan negara.
"Sehubungan dengan itu, Muhammad Sanusi dengan secara terbuka, suci hati dan tanpa syarat menarik balik kenyataan-kenyataan yang telah dibuat olehnya pada 13 Nov 2022 terhadap Anwar.
"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan daripada prosiding ini, pihak-pihak dengan itu mengambil langkah penarikan balik ini sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan dan mengekalkan hubungan yang baik dan berhemah antara kedua-dua pihak.
"Selaras dengan itu, Anwar, yang menghargai usaha murni itu, bersetuju untuk menarik semula Guaman Sivil terhadap Muhammad Sanusi tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.
"Muhammad Sanusi juga beriltizam untuk tidak mengulangi mana-mana perkataan yang menjadi asas tindakan guaman ini selepas daripada ini," katanya dalam kenyataan bersama itu.
Kedua-dua pemimpin turut merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Alor Setar, Dr Mohd Johan Lee atas usaha mediasi yang membawa kepada penyelesaian tersebut, serta pegawai-pegawai mahkamah yang menunjukkan profesionalisme sepanjang proses itu.
Mereka turut berharap agar penyelesaian ini dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahan untuk menjejaskan kesejahteraan, perpaduan serta keharmonian negara.
Pada 13 Dis 2022, Anwar menyaman Muhammad Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah mengaitkannya dengan perlakuan tidak bermoral dalam satu kempen ceramah "Jelajah PN Best Tambun." . Anwar dalam pernyataan tuntutannya mendakwa kenyataan fitnah itu antaranya membawa maksud plaintif mendapat pengampunan diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Muhammad Sanusi Md Nor
#saman fitnah
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan