awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sanusi tiba di Istana Anak Bukit

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/08/2023
01:50 MYT
Sanusi tiba di Istana Anak Bukit
Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan majoriti undi 16,050 menewaskan Muhamad Khizri dari Barisan Nasional pada PRN Sabtu lalu. - Gambar fail BERNAMA
ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Istana Anak Bukit di sini, pada jam 9.45 pagi ini.
Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar (MB) Kedah ke-15 di hadapan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Muhammad Sanusi yang tiba menaiki kenderaan peribadi kelihatan lengkap berpakaian Baju Melayu berwarna hitam.
Semalam, menerusi program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks Pas Kedah, Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu mengesahkan akan mengangkat sumpah sebagai MB Kedah ke-15 pagi ini.
Sebelum ini, wujud teka teki siapakah yang bakal memegang jawatan berkenaan selepas PN Kedah 'menang besar' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
Beliau yang menang kerusi DUN Jeneri dengan majoriti undi sebanyak 16,050 menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim pada PRN ke-15 itu.
Topic Berkaitan
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Menteri Besar Kedah
#MB Kedah
#Sultan Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan