KUALA LUMPUR: Isham Jalil mengesahkan belum menerima sebarang surat daripada UMNO berhubung status keahliannya yang dilaporkan dipecat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti Melayu itu.
Menurut bekas Ketua Penerangan UMNO itu, setakat ini beliau hanya dikhabarkan "telah sah dipecat".
"Saya belum dapat surat.... yang saya tahu mereka telah keluarkan saya daripada kumpulan WhatsApp Majlis Tertinggi UMNO malam semalam (Selasa).
"Saya dengar khabar sah saya dipecat. Cuma belum dapat surat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI melalui WhatsApp pada Khamis.
Ditanya apakah reaksi beliau jika pemecatan tersebut adalah benar, Isham berkata: "Kita tunggu surat terlebih dahulu."
Terdahulu media melaporkan MKT UMNO yang bermesyuarat malam tadi membuat keputusan untuk memecat Isham.
Perkara itu dimaklumkan seorang pemimpin UMNO yang enggan namanya didedahkan selepas hadir mesyuarat tersebut.
Bagaimanapun, tidak diperincikan sama ada Isham dipecat daripada UMNO atau hanya keahliannya sebagai MKT.
Semalam, Isham dalam satu kenyataan menegaskan tidak akan menghadiri mesyuarat MKT UMNO sebagai tanda protes kepada kepimpinan parti dan membantah kerjasama dengan DAP.
Isham beberapa kali mengkritik pendirian diputuskan MKT UMNO berkenaan kerjasama dengan DAP di bawah Kerajaan Perpaduan, yang dilihat bertentangan dengan pendirian parti sebelum ini, dalam usaha memperkukuh kerajaan ketika ini.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 07 2023

Isham memaklumkan kepada Astro AWANI bahawa beliau belum menerima sebarang surat daripada UMNO berhubung status keahliannya. -Gambar fail/Facebook Isham Jalil

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia - Wisma Putra
Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Asyraf Wajdi cadang tukar nama MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi
Pengerusi MARA Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki mencadangkan supaya Maktab Rendah Sains MARA Kepala Batas, Pulau Pinang dinamakan semula sebagai MRSM Tun Abdullah Badawi.

Isu 'Kutty': Hakim arah 2 video ditayang di mahkamah dipastikan kesahihan
Mahkamah tayang dua video kes hina mahkamah Zahid terhadap Tun Mahathir, hakim menetapkan 14 Mei untuk kemas kini tindakan lanjut.

Zahid alu-alukan ketibaan Presiden Xi, puji keakraban hubungan Malaysia-China
Dalam ucapan pada majlis pertukaran budaya malam tadi, Zahid berkata ia mencerminkan hubungan rapat dan kerjasama strategik Malaysia-China.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Ahmad Zahid, Fadillah ucap takziah, sifatkan pemergian Pak Lah kehilangan besar negara
Pak Lah akan dikenang sebagai seorang negarawan berjiwa luhur, tenang dalam kepimpinan dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, kata Ahmad Zahid.

Penetapan 20 jenis sukan teras prestasi tinggi memacu pembangunan sukan - Ahmad Zahid
Penetapan 20 jenis Sukan Teras Prestasi Tinggi akan memacu pembangunan sukan yang lebih cekap dengan melibatkan semua pemegang taruh sukan.

Kuota kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: Cadangan perlu penelitian - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan semua pihak perlu meneliti cadangan meminda jumlah kerusi Parlimen untuk memenuhi kuota satu pertiga atau 35 peratus.

PM Anwar hadir majlis rumah terbuka Ahmad Zahid di Sri Satria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri yang dihoskan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Sri Satria, hari ini.

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran - Ahmad Zahid
BN tidak akan mengadakan ceramah berskala besar sepanjang tempoh kempen PRK DUN Ayer Kuning.

Tabika, Taska KEMAS di Perak bakal dinaik taraf - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata aspek pendidikan kekal menjadi keutamaan kerajaan, termasuk usaha memperkasa institusi prasekolah dan MRSM.

ARP peneraju pendidikan, industri rel negara - Ahmad Zahid
Akademi Rel Pahang (ARP) akan menjadi peneraju kepada pendidikan formal dalam bidang rel di negara ini sekali gus dapat memperkasakan industri tersebut.